Guan Eng: Pas sudah bankrap idea
GEORGETOWN - Pas disifatkan sebagai bankrap idea untuk mengkritik DAP
sehingga menggunakan serangan peribadi seperti dilakukan Naib
Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengikut rentak
itu sebaliknya bersetuju dengan kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainal Abidin mengenai persamaan Pas dan Umno.
“Dia (Mohd Amar) nak buat serangan peribadi, biarlah. Apa yang penting,
saya amat setuju dengan kenyataan Dr Asri bahawa Pas hari ini hampir
menyamai Umno dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan
songkok saja, Jika sudah serupa, 'nikahlah', tunggu apa lagi?
“Saya tidak buat serangan peribadi seperti dia. Jika sebagai ustaz yang
berpengalaman nak main serangan peribadi, itu menunjukkan Pas dan Nik
Amar sudah bankrap idea. Saya akan biarkan mereka terus buat serangan
peribadi,” katanya kepada media semalam.
Terdahulu, Dr Mohd Asri dilaporkan berkata, Pas kini tidak mempunyai
banyak perbezaan berbanding Umno dan kerjasama antara kedua-dua parti
itu mungkin berjaya.
Beliau berkata, kerjasama politik Pas dan Umno kali ini mungkin dapat
mencipta kejayaan selepas melihat kepada idealisme dua parti itu pada
masa kini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri berkata, DAP tidak masuk campur hal bergabung antara dua parti itu.
“Sebelum ini pun, saya tidak cakap bergabung, saya kata kerjasama
secara berterus terang. Jika kita lihat dari beberapa dasar yang dibuat,
mereka ambil pendirian yang sama, bajet yang dibentangkan pun tidak
menentang. Lebih teruk, Presiden Pas tawar nak jadi penasihat kepada
kerajaan BN," katanya.
Kelmarin, Mohd Amar meminta Guan Eng tidak bercakap sesuka hati kerana mencadangkan Pas segera bergabung dengan Umno.
Mohd Amar berkata, Guan Eng sepatutnya belajar menghormati orang lain dan berdiam diri dari melontarkan pandangan yang merapu.
0 orang berkata:
Post a Comment