Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MAMPU PERTAHAN KERUSI

Lapan kerusi Pas tidak akan tergugat
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
 
KUALA TERENGGANU – Pas Selangor yakin kedudukan lapan kerusi Dun di negeri itu tidak akan tergugat sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran DAP menyatakan minat mempertaruhkan calonnya di kerusi terbabit. 
 
Pesuruhjayanya, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ia berdasarkan penelitian pihaknya bahawa kerusi-kerusi tersebut iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat mampu dikekalkan pada PRU14.

Menurutnya, Adun Pas di kesemua kerusi terbabit juga melaksanakan gerak kerja dengan baik terhadap rakyat yang menjadi faktor utama terhadap penerimaan semula pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Walaupun DAP bertanding, tapi kita melihat servis atau perkhidmatan yang telah Pas berikan kepada kerusi-kerusi tersebut, rakyat yakin kepada Pas dan kita telah dua penggal di situ.

“Kita yakin perkhidmatan kita adalah yang terbaik dan akan pertahankan kerusi-kerusi itu. Ada kerusi yang satu penggal, ada yang dua penggal,” katanya sempena lawatan pra banjir atas peranannya sebagai Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pas Pusat, di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebelum ini yang berkata, parti itu mungkin akan meletakkan calon DAP di lapan kerusi Dun Pas pada PRU14 selepas Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun PR sudah berkubur.

Menurut Tony, DAP hanya mengumumkan hasrat awal untuk bertanding namun ia masih belum dimuktamadkan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Iskandar yang juga Naib Presiden Pas memberitahu pihaknya tiada masalah berhadapan pertandingan tiga penjuru jika DAP benar-benar meletakkan calonnya di kerusi-kerusi yang telah dinyatakan sebelum ini.

Apa yang penting, pihaknya berpendirian untuk memastikan kerusi Pas sedia ada di negeri tersebut kekal pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau turut menyelar sikap DAP yang mahu bertanding di kerusi Pas apabila memberitahu ia tidak sesekali bermanfaat kepada pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN.

“Kesan yang akan untung apabila berlaku tiga penjuru adalah BN… Kalau undi pembangkang atau bukan BN itu pecah, yang untung adalah BN,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.