Umno Shah Alam tuntut mansuh dua tol
SHAH ALAM - Umno Shah Alam menuntut pimpinan kerajaan memansuhkan tol
Batu Tiga dan tol Sungai Rasau yang dilihat membebankan pengguna sejak
dulu lagi.
Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, pihaknya perlu mengakui plaza
tol tersebut menjadi punca kekalahan Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
"Kami minta Datuk Seri (Ahmad Zahid Hamidi), mansuhkan tol di Batu Tiga
dan Sungai Rasau yang sudah terlalu lama membebankan rakyat.
"Di mana tol-tol ini menjadi punca kekalahan kita dalam PRU lalu,"
katanya ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.
Dalam ucapan sama, Azhari turut meminta Umno pusat mempertimbangkan
untuk meletakkan calon tempatan bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam
PRU14 nanti.
"65% pengundi di Shah Alam adalah Melayu. Kita tewas 10,000 undi di Parlimen Shah Alam ini.
"Faktor kalah kerana calon luar. Berilah peluang kepada kepimpinan Umno
Shah Alam bertanding. Biarlah calon dipilih antara kami dalam PRU untuk
rampas kembali kerusi di Shah Alam ini," katanya yang disambut sorakan
perwakilan.
0 orang berkata:
Post a Comment