Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Penyapu lagi ? khir jatuh mungn kerana penyapu !


 UMNO KENA BUANG PERKATAAN KEBANGSAAN TUH !  - Pak Karamu
 
 
Jadi seperti penyapu lidi, kata TPM
Jadi seperti penyapu lidi, kata TPM
Ahmad Zahid (tengah) bersama ahli jawatankuasa Umno Lipis melancarkan gimik perasmian ssempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis Kali ke 28 Tahun 2016 bertempat Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis di sini, hari ini.

KUALA LIPIS - Ahli Umno diminta mengisi kemerdekaan dengan memperkukuhkan perpaduan dan melupakan perbedaan bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, banyak ancaman seperti penjajahan minda yang digunakan untuk memecah-belahkan rakyat termasuk mengguna pakai sentimen agama, kesaksamaan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Menurutnya, perpaduan yang kukuh antara semua kaum mampu mengekalkan kemerdekaan yang negara kecapi sejak 59 tahun lalu.

"Orang Melayu serta bukan Melayu marilah kita bekerja bersama-sama bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara tanpa mengambil kira fahaman agama dan kaum.

"Jadi macam lidi penyapu, kalau satu mungkin mudah patah tapi tidak boleh dipatahkan kalau banyak disatukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis Kali ke 28 Tahun 2016 bertempat Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Umno Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Ketua Umno Lipis, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Naib Ketua Umno Lipis, Datuk Mustapa Long.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ahli Umno juga perlu bersama-sama saf kepimpinan tertinggi untuk mengukuhkan parti sekaligus mengekalkan kemenangan semasa PRU akan datang.

Menurutnya, lantaran itu pemimpin atasan perlu turun ke bawah di peringkat cawangan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah.

"Cari kaedah untuk tambah ahli dan saya yakin kita mampu bangkit serta mampu capai kemenangan.

"Terlalu banyak cabaran yang datang dan pergi tapi kita perlu istiqamah dan beriltizam untuk berjuang dalam memastikan kemenangan milik kita," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.