Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BILA RAKYAT DAH TAK NAK UMNO, NAK BUAT MACAM MANA ?


Kawasan Cina tidak menang, kawasan Melayu juga kalah
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kegagalan Umno memenangi kerusi Dun dan Parlimen di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, meskipun kawasan ini 70.46 peratus pengundinya kaum Melayu.

Beliau menyifatkan sokongan yang diterima pembangkang menunjukkan rakyat memberi isyarat mereka berkuasa melalui undian.

“Anjakan sokongan rakyat di Shah Alam kepada pembangkang secara konsisten hingga mengakibatkan majoriti (undi) turun kepada 10,959 pada PRU13 adalah merupakan satu manifestasi betapa golongan yang lemah atau masyarakat awam betul-betul menunjukkan kuasanya kepada golongan yang kuat. Mereka menunjukkan bahawa mereka mampu menunjukkan kuasa. Kuasa apa? Kuasa rakyat.

“Sebab apa? Kita kurang mengambil peduli. Bukan salah kepimpinan dulu, bukan salah kepimpinan sebelum-sebelum itu. Sebab nilai telah berubah. Oleh sebab itu, kita harus ubah kaedah pendekatan kita. Kita jangan mudah menyalahkan orang lain. Perkhidmatan berbeza mengikut lokasi dan situasi,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau menyeru kepada seluruh perwakilan Umno Shah Alam agar bangkit merampas kembali kerusi-kerusi tersebut dalam pilihan raya akan datang.

“Shah Alam sebuah perkampungan dan kawasan perladangan sebelum ini menjadi kawasan yang dipanggil bandar raya sekarang. Semakin maju sesuatu kawasan itu, semakin kalah kita.
“Sudahlah kawasan yang diduduki orang Cina, memang tidak pernah dimenangi oleh pemimpin Melayu. Ini sudah tentu kawasan Melayu, kalah juga Umno. ‘Something wrong somewhere’,” katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak pernah melupakan pengundi dan penduduk di kawasan bandar termasuk di Shah Alam.

“Dari segi infrastruktur, kawasan bandar pelbagai peruntukan kita curahkan. Kemudahan sosial di bandar dicurahkan segala-galanya tanpa melupakan yang di luar bandar. Kemudahan telekomunikasi dan struktur yang lain...(diberikan) kawasan bandar tapi apa harga yang dibayar oleh kerajaan? Kita kehilangan kerusi-kerusi di kawasan bandar.

“Kenapa ini berlaku? Adakah salah kerajaan memberikan peruntukan yang banyak? Adakah kesalahan kepimpinan Umno yang mengambil kepedulian tetapi tidak dapat dirasa oleh kumpulan sasaran? Adakah salah masyarakat yang terdedah dengan sistem komunikasi dengan langit terbuka dan langit tanpa sempadan?

“Kita tetap salahkan orang lain. Muhasabahlah. Kita bertanggungjawab dalam keadaan apa pun membetulkan keadaan terutama kita dlm Umno, BN orang tetap salahkan kita. maka kita kena bangkit memperbetulkan keadaan itu. Ambillah kepedulian kepada masyarakat keseluruhan,” katanya.

Beliau juga berpesan agar pemimpin hari ini tetap merendah diri tidak mendabik dada apabila mendapat jawatan.

“Ini sebelum ada jawatan, rumah kecil. Sudah ada jawatan, tukar rumah besar. Dulu kereta kecil, sudah ada jawatan, tukar kereta besar. Ini perubahan yang dipanggil ‘vertical mobiliti’.

“Cukuplah...orang kenal dulu kita siapa. Jangan ubah sikap, jangan ubah cara di mana pun kita duduk, itulah cara kita. Kita hendaklah menjadi padi, makin tunduk bila berisi. Bagi orang sayang pada kita,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.