Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KRISIS


Krisis Terengganu boleh diatasi
bendera
Gambar hiasan.
 
PENSYARAH Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Hamdan Aziz berpendapat, selagi tidak mengadakan PRN (pilihan raya negeri) lebih awal, selagi itulah krisis politik di Terengganu tidak mampu diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh, Dr Hamdan percaya pembubaran Dun dan mengadakan PRN adalah langkah yang terbaik dalam menyelesaikan krisis politik Terengganu yang sedang meruncing ketika ini.

"Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu memang boleh berjalan seperti biasa pada hari ini. Bagaimana pun, masalah bekas Menteri Besar yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mampu menggugat kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan kestabilan politik Umno negeri," katanya.

Umno kini mempunyai 17 kerusi Dun manakala Pas dan PKR masing-masing mempunyai 14 dan satu. Sekiranya Ahmad Said dipecat daripada Umno dan menyokong pembangkang, ia akan menyebabkan Umno dan pembangkang mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak, iaitu 16 kerusi.

Dr Hamdan berkata, Ahmad Said tidak mungkin akan menyertai pembangkang dan apa yang tidak puas hatinya hanyalah kepimpinan Ahmad Razif.

"Baru-baru ini Ahmad Said dilantik sebagai Yang Dipertua Perkasa Terengganu, oleh itu saya yakin beliau tidak akan sertai PKR mahupun Pas dalam tempoh terdekat disebabkan hubungan antara Perkasa dengan pembangkang Terengganu tidaklah baik," katanya.


Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai kesal pengumuman Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima atau Bersih 5.0 bagi menuntut tindakan terhadap skandal 1MDB.

Ini adalah kerana, kata Hoe Chai, perhimpunan Bersih 5.0 tidak sedikit pun mampu menyelesaikan masalah negara malahan akan meruncingkan lagi keadaan.

"Gerakan menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk mengadakan perhimpunan, bagaimana pun, perhimpunan ini tidak sesuai diadakan memandangkan keadaan negara sedang menghadapi krisis ekonomi dan rakyat terpaksa berdepan pelbagai cabaran yang sukar," katanya dalam satu kenyataan kepada China Press.

Beliau berkata, sekiranya Bersih 5.0 adalah sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab, apa yang perlu diutamakan mereka ialah menumpukan perhatian bagaimana untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan memberikan pandangan bernas kepada kerajaan.

"Bersih 2.0 tidak patut mengadakan perhimpunan secara besar-besaran untuk memaksa pemimpin negara berundur dan melepaskan jawatan," katanya.

Beliau turut bimbang keadaan perhimpunan tersebut akan gagal dikawal apabila Kumpulan Merah juga dikatakan akan turut serta pada hari yang sama perhimpunan Bersih 5.0 itu diadakan.

Pegawai bukan Islam sedia letak jawatan Lebih 35 kakitangan dan pegawai lantikan politik kalangan kaum Cina, India dan Siam Kelantan sedia meletakkan jawatan sekiranya pindaan Akta 355 menjejaskan kehidupan masyarakat bukan Islam di negeri itu, lapor China Press.

Menurut Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Chia Chuan Lay, pindaan itu hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.

Katanya, pindaan yang dibawa anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen sebelum ini tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

"Sebagai wakil kepada kepada kakitangan dan pegawai lantikan politik kalangan bulan Islam, kami mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak bukan Islam dan masa depan anak cucu mereka.

"Oleh yang demikian, sekiranya pindaan Akta 355 akan menjejaskan hak dan kepentingan bukan Islam, kami sedia letak jawatan secara beramai-ramai," kata Chuan Lay dalam sidang media.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.