‘Ini bukan laporan curi telur ayam'
SHAH ALAM - Pas mempertikaikan keputusan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar yang menutup kes bagi laporan polis dibuat Naib Ketua
Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun terhadap tiga Tan Sri, baru-baru ini.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, laporan polis dibuat Khairul
Azwan itu melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara bukan sekadar
laporan tentang kecurian telur ayam.
“Ini soal membocorkan maklumat. Ini soal hendak menjatuhkan perdana
menteri. Ini soal maruah tiga nama yang ternama di peringkat
antarabangsa. Kenapa laporan ini dihentikan begitu sahaja?
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Amanah gesa Azwan Bro disiasat]
“Ini bukan laporan curi telur ayam. Ini bukan laporan palsu curi
kereta. Ini soal keselamatan dan kedaulatan yang kononnya memberi
maklumat kepada agensi Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan
Persekutuan (FBI),” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Khalid mengesahkan pihaknya telah menghentikan siasatan
berhubung laporan polis dibuat Khairul Azwan terhadap bekas Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam
konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia kerana ia dibuat
berasaskan andaian dan tiada bukti.
Dalam pada itu, Idris berkata, tindakan Khalid itu akhirnya menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarkat.
“Semuanya menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat. Timbul persoalan
apakah kerana Khairul Naib itu Naib Ketua Pemuda Umno atau takut
perkara yang terlindung terburai?
“Soal siapa salah atau benar tentang laporan tersebut, biarlah dibawa
ke pengadilan terlebih dahulu. Ini melibatkan tiga individu penting.
Sampai bila drama ini akan berakhir?,” tanyanya.
Katanya, jika laporan itu hanya berdasarkan andaian, sepatutnya Khairul Azwan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu.
“Adakah kalau rakyat biasa melakukan perbuatan tersebut tidak menjadi
satu kesalahan? Sejarah tercatat di dalam negara kita Chong Lim Shu dari
Kulai Jaya, seorang pekerja stor yang membuat laporan palsu kononnya
disamun telah didenda RM500 atau penjara tujuh hari.
“Begitu juga yang berlaku kepada Cheong Chee Lun telah dijatuhkan
hukuman RM2,000 dan penjara dua hari. Kesalahannya kerana membuat
laporan palsu dengan menuduh Loh Kein Chok menggunakan kereta Wira
miliknya tanpa kebenaran. Ini hanya secebis kes yang melibatkan orang
biasa,” katanya.
3 orang berkata:
Hadi tak kisah pun. Yg deris ni sibok apa hal plak?
Cibai la
Mudik ke hulu menaiki sampan,
Menaiki sampan sambil membawa ubi,
Alangkah bangganya parti PAN,
Punyai seorang ulamak tersohor pembaca doa di majlis harbi.
Alangkah bangganya parti PAS
Punya lebai2 mengaminkan doa di Krabi.
KAH KAH KAH
Post a Comment