Rundingan gagal, penculik ditembak mati
BATU PAHAT - Seorang penjenayah yang berusia 44 tahun, yang menjadikan
pemilik sebuah kedai tembikar di Ayer Hitam, di sini, sebagai tebusannya
telah ditembak mati oleh sepasukan polis yang menyerbu kawasan
berkenaan.
Suspek yang mula menjadikan pemilik kedai tembikar berkenaan sebagai
tebusannya sejak jam 8.20 itu akhirnya telah ditembak mati pada jam
12.30 tengah malam tadi, apabila rundingan gagal.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa
berkata, suspek meluru masuk ke kedai mangsa dan kemudian mengugutnya
menyerahkan wang tunai sejumlah RM300,000.
Katanya, keengganan mangsa menyerahkan wang berkenaan telah menyebabkan
mangsa yang berusia 53 tahun itu diheret ke dalam bilik di belakang
kedai berkenaan dan dijadikan tebusan.
“Sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan
mangsa dan rundingan di anara suspek dan juga pihak polis dilakukan agar
tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Namun, setelah hampir empat jam rundingan berkenaan gagal dan suspek
mula mengacukan pistol untuk menembak mangsa, anggota bertugas menembak
suspek dengan dua das tembakan,” katanya.
Tambah Abdul Wahib, mengsa kemudiannya berjaya diselamatkan dan suspek
mati di tempat kejadian akibat daripada tembakan yang dilakukan oleh
anggota bertugas
Katanya, mangsa yang terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail
(HSNI) untuk rawatan masih trauma dengan kejadian yang telah berlaku
terhadap dirinya.
“Pihak polis berjaya menemui dua pucuk pistol bersama suspek yang
digunakannya untuk kes culik ini dirampas dan kes berkenaan disiasat
mengikut Seksyen 3, Akta Culik dan Seksyen 8, Akta Senjata Api,”
katanya.
1 orang berkata:
Samanlah Sarawak Report kalau itu fitnah. Bodoh apa!
Post a Comment