Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO JOHOR MULA KETAQ

Umno Johor diminta senaraikan ahli taja parti baharu
Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

 JOHOR BAHRU - "Umno Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terlibat atau dikaitkan dengan parti baharu," kata Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini adalah bagi memastikan bahawa perjuangan anggota Umno di negeri ini dalam memantapkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, tidak menghadapi kecelaruan.


Menurutnya, terdapat nama-nama anggota Umno di negeri ini yang tersebar menerusi laman web yang turut mendakwa mereka ini menjadi penaja atau mempromosi parti baharu.


"Saya minta agar Umno Bahagian dapat menyenaraikan (nama anggota yang dipercayai terlibat atau dikaitkan) dan menghantar kepada ibu pejabat supaya ibu pejabat dapat tentukan kedudukan mereka ini.


"(Ada di antara) mereka ini (yang) duduk dua alam. (Ini bagi memastikan) sama ada nama mereka digunakan untuk menaja dan mempromosi parti (baharu) dan mereka dapat mengumumkan sama ada mereka betul-betul terlibat atau tidak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor, di sini hari ini.


Mohamed Khaled, yang juga Menteri Besar Johor itu berkata beliau juga ada menerima laporan bahawa ada yang menggunakan nama anggota-anggota yang tidak terlibat dan mengaitkan mereka dengan parti baharu.


"Jika ada di antara mereka yang betul-betul terlibat, mereka perlu membuat satu ketetapan. Kalau mereka terlibat mereka patut jangan ada apa-apa hubungan lagi dengan Umno," katanya.


Baru-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa ramai bekas ahli Umno ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi tidak bersedia menyatakan sokongan secara terbuka. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Belum ketaq lg banyak felda disana bermula Felda Dedak 1 sampai Felda berapa pun aku tak ingat. Mau lebih 100 Felda Dedak...

Anonymous said...

Umno x ketaq selagi ada tn guru hj Baghal memerintah paspispus

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.