Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI TAK SABAR MENDAFTAR


Daftar ahli Bersatu, tunggu ROS lulus
Daftar ahli Bersatu, tunggu ROS lulus
Logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

SHAH ALAM – Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang borang keahlian sendiri untuk pendaftaran parti itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Setiausaha Penajanya, Kamarulzaman Habibur Rahman berkata, sebarang pendaftaran ahli hanya boleh dilakukan selepas pendaftaran Bersatu diluluskan oleh Pejabat Pendaftar (ROS).

“Dalam keghairahan orang ramai menjadi ahli, ramai pula yang telah mengeluarkan borang keahlian untuk menyertai Bersatu.

“Yakinlah kita mempunyai borang keahlian sendiri dan sebaik sahaja kita mendapat kelulusan daripada ROS, borang ini akan diedarkan sama ada diisi secara atas talian ataupun secara manual melalui borang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Bersatu di pejabat ROS.

Dalam pada itu, Kamarulzaman mendakwa Bersatu menerima sambutan luar biasa daripada setiap lapisan masyarakat.

“Sambutan terhadap Bersatu amat menakjubkan dan menjadi sebutan masyarakat dari segenap lapisan masyarakat. Dalam tempoh beberapa jam sahaja kita telah dihujani dengan ribuan permohonan untuk menjadi ahli,” katanya
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.