Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAESH ?


Penganggur terlibat Daesh didakwa
Penganggur terlibat Daesh didakwa
Tertuduh dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas kes ditangguhkan Oktober ini.

GEORGETOWN - Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan melibatkan kesalahan berkaitan kegiatan militan Daesh.

Tertuduh, Mohamad Saufi Ibrahim, 21, didakwa telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram yang menggunakan nama 'Saufiibrahim'.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah  rumah beralamat 600A-1-14 Pangsapuri Tanjung Bungah, Tanjung Bungah diantara 25 Mac 2015 hingga 29 Jun 2016.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau penjara dalam tempoh tidak melebihi 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Saufi didakwa memiliki item-item yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas-pengganas Islamic State (IS) iaitu pelekat IS dan dua buah buku bertajuk 'Tarbiyah Jihadiyah' Jilid 1-6 dan Jilid 7-11.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di alamat sama pada 15 Julai 2016 kira-kira jam 3.15 petang.

Berikutan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan dikenakan denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut.

Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada tertuduh bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mohamad Amin menetapkan 4 Oktober ini sebagai sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.