Pas tak tutup pintu, cuma...
SHAH ALAM - Pas tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab
bagaimanapun Pas tidak mungkin membiarkan rumah tangganya diganggu lagi,
demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, pihaknya boleh berkawan dengan siapa sahaja asal rakan
mereka sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangan
Islam.
"Islam adalah dasar perjuangan Pas. Berdiri teguh di atas dasar perjuangan Islam ini adalah prinsip Pas.
“Menang atau kalah dalam pilihan raya, Pas tetap bersama perjuangan
Islam. Pas mendambakan kemenangan namun prinsip perjuangan ini tidak
akan digadai pajak semata-mata untuk memburu kemenangan," ujarnya
seperti yang dipetik menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya lagi,meskipun Pas mengamalkan dasar keterbukaan dalam
perjuangan parti, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap
kemungkaran sehingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan
oleh Pas.
"Pas melalui budaya politik matang dan sejahtera sangat mudah didekati
dan mendekati mana - mana pihak, selama dasar dan prinsip perjuangannya
tidak dicabar dan diganggu.
"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh
petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba," tegasnya.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dipetik sebagai
berkata, satu pertemuan akan diadakan bersama pembangkan termasuk Pas
bagi membincangkan hal berkaitan PRU14.
1 orang berkata:
geli la aku bila parti politik cakap pasal adab..semua barua nak sembang adab..semoga budak2 lepas spm kurang yg kena tipu la di masa2 mendatang insyaAllah
Post a Comment