Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI SILAT TAK SEMPAT NAK ELAK ?


'Bukan polis tumbuk, tapi geng Bersih'
Jamal Md Yunos
Jamal bercakap kepada pemberita pada sidang media, hari ini. - Foto Sinar Harian

AMPANG – Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyebut polis telah menumbuknya dalam pergelutan di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

“Pada waktu itu berlaku pergelutan, bukan saya sebut polis pukul saya, tetapi saya ingin beritahu kepada polis bahawa saya dipukul. Sebab itu saya minta laluan kepada polis sebab saya mahu kejar individu yang tumbuk curi sehingga saya berdarah, itu maksud saya.

“Tapi mungkin suasana kelam kabut itu saya seolah-olah berkata polis pukul saya, tetapi yang pukul saya adalah individu dari kumpulan Bersih,” katanya.


Beliau berkata, bukan pihaknya yang memulakan provokasi.

“Apabila dilihat video di YouTube atau media sosial, seolah-olah kami bergaduh dengan polis, kami bukan bergaduh dengan polis, kami mohon kepada mereka beri laluan untuk kami kejar individu itu,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya polis menahan individu yang menumbuk dan mencederakannya.

“Kami tidak mempertikai dan menghalang kerja polis, itu kerja mereka, kami mohon kepada polis agar bersikap adil,” katanya pada sidang media di hadapan Balai Polis Pandan Indah, di sini, hari ini.

Jamal dipanggil ke balai polis untuk sekali lagi diambil keterangan berhubung insiden beliau ditumbuk di pusat membeli belah itu.

Difahamkan, rakaman percakapan oleh polis itu turut mempunyai kaitan dengan dakwaan beliau yang dipercayai merancang untuk membalas dendam ke atas individu yang menumbuknya.

Dalam perkembangan lain, Jamal turut mengesahkan pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada 19 November ini di ibu negara, sekiranya kumpulan Bersih 5 berdegil untuk terus berhimpun meskipun dinasihatkan polis untuk menghentikannya.

"Kami telah menegaskan tidak ada kuning, tidak ada merah, kalau Bersih 5 meneruskan himpunan, kami tetap akan menghalang mereka,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kita dengar cam ni...
Polis pukul saya.
Polis pukul saya.
Polis pukul saya.

Kah3
Lawak giler

Anonymous said...

Aku ada terbaca...

Tarik rantai polis sampai putus.
Kawan polis baju gelap datang bagi lepuk sebijik.

Lepas tu...
Polis pukul saya
Polis pukul saya
Polis pukul saya

Cam budak kecik.

Pah tu ds reda aku dengar...
Budak zuraida pukul saya.
Zuraida pukul saya.

Lawak betol la

Anonymous said...

Kena pukul dgn org pompuan. Teriak mcm budak kecik..kahkahkah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.