Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Akta Hasutan: Tiga bekas anggota Kabinet disiasat

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Tiga bekas anggota Kabinet yang didakwa membocorkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat akan turut disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selain Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).     

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan beberapa pemimpin pembangkang bahawa pihaknya tidak mempunyai asas untuk menyiasat tiga ahli Parlimen itu adalah tidak benar.

"Polis telah menerima banyak laporan dan kita telah klasifikasikan kes ini di bawah OSA dan Akta Hasutan kerana semua orang tahu 1MDB masih lagi di dalam siasatan.

Kami (polis) punyai cukup alasan untuk jalankan siasatan terhadap apa juga yang mereka sebut walaupun di dalam Parlimen kerana Akta Hasutan tidak memberi mereka imuniti sekiranya mereka berbuat demikian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kononnya siasatan ke atas bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak mengikut Perlembagaan negara. 

Tiga bekas anggota Kabinet iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tahniah truskan siasatan.
Reeza kita bagi lepas

Anonymous said...

Pencuri balak kelantan bila nak siasat? Nak tunggu ada org asli kena hempap balak dulu ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.