Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAYAR JE, WAKIL RAKYAT BANYAK DUIT

Rafizi Ramli didenda RM1,950
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505', tiga tahun lepas.

Mohd Rafizi, 39, yang juga Ahli Parlimen (MP) Pandan, MP Seremban, Anthony Loke Siew Fook, 39, bekas anggota Sekretariat PKR, Muhammad Adib Ishar, 27, dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan hari ini.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memberi mereka masa hingga 3 petang esok untuk membayar denda itu.


Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan iaitu sebagai penganjur perhimpunan itu di Padang Merbok di sini, didapati telah gagal menyertakan sesalinan persetujuan kepada pemilik padang berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan bertarikh 12 Jun 2013 kepada pegawai polis yang menjaga Daerah Dang Wangi, iaitu Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara 2 petan dan 6 petang pada 22 Jun 2013.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Mohd Nor memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap kesemua tertuduh berikutan berlaku kekecohan semasa perhimpunan itu diadakan.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan, terdapat cubaan untuk orang ramai menghalang DBKL daripada menanggalkan khemah yang dipasang.

"Hujahan pihak pembelaan bahawa perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan adalah tidak benar kerana terdapat lebih 8,000 orang berkumpul dalam perhimpunan tersebut," katanya.

Mohd Rafizi dan Loke diwakili peguam Gobind Singh Deo, Muhammad Adib oleh peguam Eric Paulsen dan Syed Azman oleh peguam Azizul Shariman Mat Yusoff. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.