
12.09 tengah hari: AJK Keselamatan Bersih menghalang baju kuning melalui Jalan Bunus agar tidak bertembung dengan kumpulan baju merah.

12.10 tengah hari: Peserta Bersih bergerak dari LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka.
12.20 tengah hari: Kumpulan baju merah mula memasuki Padang Merbok.

12.21 tengah hari: Kira-kira 1,000 penyokong baju merah berarak dari Jalan Raja Laut menuju ke Padang Merbok.

12:24 tengah hari: Polis bersiap sedia untuk menghalang peserta Bersih ke Dataran Merdeka.

12.40 tengah hari: Deretan kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup berikutan Perhimpunan Bersih 5.0.

12.45 tengah hari: Gelombang kuning dari Masjid Negara bergerak menuju ke Masjid Jamek.

12.46 tengah hari: Keadaan di Dataran Merdeka masih lengang setakat ini.


12.46 tengah hari: Peserta Bersih 5.0 yang berkumpul di Masjid Negara bergerak menuju ke Masjid Jamek selepas setiap jalan masuk ke Dataran Merdeka ditutup.


12:47 tengah hari: Peserta Bersih dari jalan LRT Bangsar 'tersadai' di Jalan Travers selepas disekat polis.

1.03 petang: Pihak polis sedang bersedia menjaga kawasan Dataran Merdeka

1.05 petang: Kumpulan baju kuning disekat polis di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menghalang mereka masuk ke Dataran Merdeka.

1.05 petang: Peserta Bersih melaungkan azan utk solat Zohor berjemaah.

1:10 petang: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut serta dalam himpunan Bersih.

1.10 petang: Aktivis anak muda Adam Adli meminta peserta Bersih jaga diri jangan cetuskan kontroversi.

1.15 petang: Difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah tiba dari Sudan untuk menyertai Bersih 5.0 hari ini.

1.22 petang: Penganjur kumpulan baju merah menyediakan 20,000 pek makanan buat para peserta himpunan

1.23 petang: Seorang peserta Bersih melaungkan azan di lokasi himpunan di Jalan Travers

1.23 petang: Gelombang Bersih dari Masjid Negara terima sambutan hangat dari peserta kuning Masjid Jamek.
1.27 petang: Seorang peserta Bersih menjadi 'tugu' sebagai bantahan kepada polis yang menghalang laluan mereka di Jalan travers untuk ke Dataran Merdeka.



0 orang berkata:
Post a Comment