Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bersih 5 tetap diteruskan, kata Maria



Bersih 5 tetap diteruskan, kata Maria

KUALA LUMPUR – Walaupun tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka, perhimpunan  Bersih 5  tetap  tetap diteruskan pada 19 November depan di tempat yang telah ditetapkan.

Pengerusinya,  Maria Chin Abdullah berkata, hasil pertemuannya dengan pihak polis semalam, mereka akan meneruskan perhimpunan Bersih 5 mengikut perancangan asal.

“Polis tak kata boleh berhimpun atau tidak, tapi kami akan teruskan (berhimpun) seperti diumum sebelum ini.

“Peserta akan mula berkumpul di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

“Kami tidak akan masuk ke padang di Dataran Merdeka, sebaliknya hanya berada berhampiran kawasan itu,” katanya kepada media  di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Pertemuan itu dibuat bagi menyampaikan notis kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan mengikut peraturan APA 2012.

Bersih sebelum ini mengumumkan dua lokasi berkumpul iaitu Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara.

Menurut Maria, larangan dikeluarkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  hanya membabitkan Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut.

“Justeru kita tidak akan masuk dua kawasan ini bagi  menghormati DBKL,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini bertegas tidak membenarkan penganjur Bersih 5 dan Baju Merah mengadakan sebarang perhimpunan dan bakal berdepan tindakan undang-undang jika berbuat demikian.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, keputusan itu diambil  kerana kerajaan tidak mahu berlaku pertembungan antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

Sementara itu timbalan pengerusinya, Shahrul Aman Mohd Razali berkata, beliau berharap peserta Bersih 5 memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada arahan yang dikeluarkan.

“Rakyat Malaysia yang akan turut serta bersama berhimpun nanti perlu memberi kerjasama sebagai tanda solidariti terhadap lima tuntutan Bersih sebagai mercu tanda ke arah pilihan raya bersih dan adil,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.