Notis Bersih, Baju Merah berhimpun ditolak
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menegaskan dua kumpulan iaitu Bersih
5.0 dan NGO Gabungan Gerakan Merah Malaysia gagal mendapatkan kebenaran
dari pemilik tanah untuk mengadakan himpunan esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata,
pihaknya ada menerima notis daripada kedua-dua kumpulan berkenaan pada
28 Oktober dan 1 November lalu.
"Namun, kedua-dua notis ini tidak diproses kerana mereka gagal
mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
seperti yang disyaratkan mengikut Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012
iaitu persetujuan pemulanya tempat di mana perhimpunan akan diadakan.
"Jadi,kita nasihatkan agar himpunan ini tidak diteruskan setelah mengambil kira isu keselamatan dan ketenteraman awam," katanya
Beliau berkata, polis dengan kekuatan mencukupi akan tetap mengadakan kawalan bagi memastikan keselamatan terus terkawal.
Katanya, pihaknya tidak teragak-agak untuk melaksanakan tangkapan bagi
mereka yang menimbulkan kekecohan dan melanggar undang-undang semasa
himpunan itu.
Selain itu, polis turut menegaskan dan melarang penggunaan dron sepanjang perhimpunan itu.
"Kita telah menghantar surat kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya.
11 orang berkata:
Saya suka semua perkara yg bersih. Baju bersih. Kasut bersih. Makanan bersih. Hati bersih. Sungai bersih.
Orang yang pengotor dan hati kotor sahaja tidak suka bersih.
Jgn lupa singgah gerai gua (gerai din pilah) lorong tg abd rahman. Baju kuning gua bg harga spesial. Baju merah gua kasi double.
Bersih 1 hingga 4 telah berjaya menambah bilangan adun dan mp pas. Malangnya pas buta mata dan hati.
Bersih 5 pula akan menjatuhkan kelantan dr pas serta melenyapkan langsung adun3 dan mp pas.
Lebih teruk lagi, bersih 5 akan melenyapkan umno dan pas dari politik malaysia.
Colourthon 19th Nove:
Bersih - pembangkang kecuali PIGS.
Merah - umno
Oren - mic + umno
Pas - kelabu taik anjing
Elok la tu jadi tentera sorosss..
Mimpi la ko...
Hang ni buta warna ka butatuli??alahai anjing dap...
pas,pkr,umno semua sama je baruanya hehehe..sama2 barua kongsi2 la makan sorang sikit jgn gaduh2..
cuma pas la lebih malangnya, sebab terbabas sampai jual agama demi raih sokongan..semoga Allah ampun kan pas juga kita semua..
P.A S Parti Ajaran Syaitan.
Lebai2 Pas jd semakin tamak dan bodoh sombong..
Jgn jd tentera lebai2 jual agama peralatkan Islam utk kepentingan peribadi sudahlah.
Post a Comment