BN mampu bertahan dalam demokrasi zaman moden
KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti politik yang
mampu bertahan dalam demokrasi zaman moden, kata Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tiada parti lain yang boleh menyaingi prestasi BN
selama ini yang bermula sebagai Parti Perikatan dan kemudian menukar
namanya seperti yang dikenali hari ini.
"Walaupun kami telah merasai cabaran dan rintangan sejak hari penubuhan kami, namun kami sentiasa kekal berdaya tahan.
"Daya tahan itu kerana komited kepada keseluruhan konsep perkongsian
kuasa di antara pelbagai parti komponen dalam BN, malah sehingga
parti-parti kecil di dalam BN mempunyai hak yang sama dengan
parti-parti yang besar," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung
Parti Liberal Demokratik (LDP) ke-27 di sini, hari ini.
Najib berkata, sebagai pengerusi BN, beliau komited dalam memastikan
konsep perkongsian kuasa itu terus menjadi prinsip panduan dalam parti
gabungan itu.
Najib juga berkata, BN akan terus bertindak berdasarkan prinsip
wasatiyyah atau kesederhanaan, di mana parti itu akan mengelak daripada
bertindak keterlaluan sehingga perlu untuk memaksa rakyat menerima
parti, tidak juga terlalu liberal sehingga hilang nilai-nilai moral.
"Kita mesti berada di laluan pertengahan dan dengan berada di laluan
pertengahan tidak bermakna kita berpegang kepada keadaan yang tidak
berapa baik. Dengan bersederhana bermakna berusaha untuk mencapai
kecemerlangan," jelas beliau.
Dalam mempertimbangkan integrasi sebagai satu cara hidup rakyat
Malaysia yang ditetapkan pemimpin negara sebelum ini, Najib menggesa
rakyat Malaysia untuk bersama-sama apabila seluruh negara secara
serentak bersorak untuk wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei
berentap bagi mendapatkan pingat emas dalam Sukan Olimpik baru-baru ini.
"Kita perlu mewujudkan lebih banyak detik-detik perpaduan agar Malaysia
menjadi sebuah negara yang didasarkan kepada rasa perpaduan dan
patriotisme yang kukuh.
"Sewaktu kita bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara, kita (akan)
mendapat pengiktirafan, kita mendapat penghormatan kerana kita adalah
sebuah negara yang berjaya," katanya. – Bernama
17 orang berkata:
Bunyi ayat najib sama mcm bunyi ayat hadi. Haha
Boleh menang klu bergabung dgn pas. Guna konsep UG.
Bolehkah pas bertahan di kelantan jika 3 penjuru???
Pening kepala tn2 guru memikirnya.
Berat2....
Klu tengok pd cuaca politik hari ini, mungkin ada baiknya tn2 guru mula kemas bungkus kain baju. Lepas pru 14 senang nak angkut keluar.
Cadangan aku la....
Org asli dah tak suka. Org cina dah tak suka. Org india dah tak suka.org melayu ramai dah pindah amanah. Org umno ramai gi bersatu.
Camner la nak jaga kelantan? Mangsa banjir pulak marah rumah tak siap. Cikgu yik marah duit dah potong tak sampai tempat tuju.
Hadoi....pening kepala aku...
Kena kencing sekali bole la kita maafkan. Tapi kalu selalu nak kena kencing mintak maaf la yer... Drp kena kencing lagi, baik bertanding 3 penjuru. Puas hati.
Lagipun tun dah kata, parti kawan najib mesti ditentang habis2an. Susah la kau dol.
Tu la, dulu ko ego sangat. Ko besar kepala sangat. Ko tamak haloba sangat. Time ni la suma org yg ko khianati dulu nak balas dendam.
Kalu aku undi ko pun, bukannya ko boleh menang.....baik aku undi amanah. Ada juga peluang besar.
Ko tengok sungai besar hari tu. Calon ko bukan calang2 orang dol. Tapi kenapa dpt no corot?? Bagi aku la, sbb org dah benci ko sbb sikap kluk klak ko tu...
Tapi nak buat camner.
Sabor aje la dol.
Tekangkang pun tekangkanglah.
Dah qada dan qadar la dol.
Aku ni bukan tak kesian dgn tn guru kita tu...tapi aku nak tolobg tak boleh dah. Aku group org muda2, org2 kritikal. Dah hussam kena pecat, aku pun ikut la husam. Aku klu boleh biar hussam jadi mb. Sbb tu aku angkut kawan2 aku masuk amanah.
Mintak maaf la tn guru.
Aku dah geli geleman nak jenguk parti tn guru.
Bukan tak sudi tapi geli sangat. Takut aku muntah hijau plak.
Kalau aku sasau masa pru 14 besok, aku akan pangkah parti tn guru. Tapi mintak2 la aku tak sasau masa tu
Aku cadangkan tn guru baruakan aje ahli2 amanah, pkr, dap dan bersatu tu. Tentu mereka ramai2 lari masuk parti tn guru tu.
Jom la kita baruakan mereka tu..
Terimalah kenyataan sekarang dah sampai zaman merundum. Graff pun dah menjuman aras paling bawah. Lepas pru 14 boleh tutup kedai terus. Dah 60 tshun lebih niaga asyik kena kencing je.....
Ada hati pulak dah. Ada ngigau nak buat blok pembangkang ke-3 plop. Pas + pkr + bersatu + warisan + berjasa.
Meleleh2 air liur basi ngigau siang hari woiii.
Nasihat aku satu je. Jangan jual agama utk menang pilihanraya walaupun berniaga agama tu amat menguntungkan.
Jgn pulak bila dah dekat2 nak kalah ni korang buat amanat lagi gantung depan pintu rumah plop. Jgn plop bila dah dekat2 nak kalah ni korang makin aktif nak tanam org kat jirat cina plop yer..
Ikut suka hati korang la. Tapi aku nasihatkan lebih baik korang jgn buang masa. Kemas kain baju masuk dlm kotak. Klu banjir besar senang nak pindah. Lepas pru lagi senang nak belah. Mlm keputusan pru 14 bole terus cabut.
KALAU SAYANG NEGERI KO, JGN BAGI PENJUAL BALAK DAN PEMUSNAH HUTAN SIMPAN MEMERINTAH NEGERI KO. HABIS KENA SAPU LICIN KANG
Post a Comment