Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dengaq tu tentera kena lbih peka, jangan ingat nak gaji besaq je !

Anggota tentera perlu lebih peka ancaman global
Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

ALOR SETAR - "Bentuk ancaman global yang pantas berubah memerlukan setiap anggota tentera lebih peka dan sensitif terhadap perkembangan semasa," titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, ancaman terkini yang tradisional atau bukan tradisional termasuk dari luar negara adalah serius kerana terbukti ia merebak dengan pantas dan memberi kesan terhadap keselamatan negara.

"Ancaman-ancaman yang menjadi konflik semasa ini seperti Daesh atau IS adalah benar dan bukan rekaan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah pada majlis Santapan Malam Rejimental sempena istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) ke-9 di sini, malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin merupakan Tuanku Canselor Unimap dan juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis.     

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor Unimap.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang juga Komandan Palapes universiti itu serta pegawai-pegawai tertinggi Unimap.

"Punca konflik lain seperti bencana alam atau malapetaka, ekonomi dan kemiskinan, amalan politik tidak sihat dan campur tangan pihak asing juga boleh menjejaskan ketenteraman negara," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sehubungan itu, baginda bertitah setiap anggota tentera termasuk Askar Wataniah harus menanam perasaan bangga menjadi sebahagian pasukan profesion mulia yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pada majlis itu, seramai 116 Pegawai Muda Palapes Unimap ditauliahkan dalam Tentera Darat Malaysia dan Muhamad Rafini Kamaruzaman menerima anugerah Pegawai Kadet terbaik keseluruhan.

Anugerah ketenteraan terbaik disandang oleh Danial Adeeb Rozani manakala Tham Weng Hing (ijazah akademik) dan Tan Xin Cong (akademik diploma). - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.