Syarikat penjagaan rambut guna logo halal tidak sah
GEORGETOWN - Sebuah syarikat penjagaan rambut di Jalan Datuk Keramat,
di sini dikesan menggunakan logo halal tidak sah, bagi menarik pembeli
beragama Islam.
Penggunaan logo halal bukan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) itu dikesan dalam pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP Nur Hanisah Othman
berkata pemeriksaan ke atas kedai itu dibuat kira-kira 10 pagi setelah
mendapat aduan orang ramai mengenai penggunaan logo halal yang
meragukan.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati di pintu masuk kedai itu dan beberapa
barangan penjagaan rambut dijual antaranya syampu, perapi, krim serta
minyak rambut menggunakan logo halal yang tidak sah iaitu keluaran
sebuah syarikat swasta.
"Pemilik syarikat itu juga gagal mengemukakan sebarang surat pengesahan
halal," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini hari ini.
Nur Hanisah berkata pemilik syarikat berusia 30-an itu akan disiasat
mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan kompaun akan diberikan setelah
mendapat keterangan pemilik premis berkenaan.
Beliau berkata dalam operasi itu, KPDNKK Pulau Pinang merampas 500 botol berkenaan kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Beliau turut meminta semua premis perniagaan di Pulau Pinang menurunkan
logo halal yang tidak mendapat kebenaran Jakim kerana ia merupakan satu
kesalahan.
Orang ramai yang meragui status logo halal di premis perniagaan boleh
menyemak menerusi laman web www.halal.com.my dan pengguna juga
dinasihatkan membuat aduan menerusi talian 04-2505451 bagi membolehkan
pihaknya mengambil tindakan.
"Sejak Januari hingga November, kami mengambil tindakan terhadap 13
premis perniagaan membabitkan restoran dan pusat menyembelih ayam yang
menggunakan logo halal tidak sah," katanya. - Bernama
7 orang berkata:
makan tido tu xda hal lagi tu..
parti politik yg jual agama lagi masalah..
serius
Jual agama dapat 90juta...kenyang sampai neraka..
Ko pergi la minta maaf dgn orang yang ko fitnah tu dan dgn orang2 yang membaca fitnah ko ni. Aku berlepas tangan dari fitnah ko..
Ingat la kalu 1 orang jadi saksi nk habiskan perbicaraan ko nanti di padang mashar ambil masa 100 tahun.. berapa lama masa ko nak tunggu untuk masuk syurga..
Lama tu baii..
Nasihat anon 5:08 sgt sesuai utk ketua lebai, ostad2 dan walaun2 Pas yg suka maki hamun serta memfitnah sana sini tak kira dlm masjid sekalipun.
Thank you very much for today because it has provided a very useful information .
Obat Sakit Mata Presbiopi
Obat Alami Ginjal Bengkak Yang Ampuh
Cara Alami Mengobati Benjolan Payudara Terampuh
Cara Alami Mengobati Bronkitis Terbaik
Obat Herbal Leukimia Kronik
Klu x betol saman la SR tu.
Cakap byk tak guna.
Saman la.
Jual agama cilok duit cikgu yik. Klu yg cilok tu mat rempit, aku tak heran la. Tp klu yg cilok tu berserban, berjubah, berjanggut, aku rasa ni dah ulama akhir zaman dah...
Post a Comment