Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JALAN TAK TUTUP KERANA BERSIH 5

Polis nafi tutup jalan untuk Bersih 5
PDRM

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan untuk memberi laluan kepada perhimpunan Bersih 5.0 di ibu negara Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini polis belum mengeluarkan kenyataan berkenaan penutupan jalan.

"Kita belum keluarkan tentang penutupan jalan lagi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Difahamkan, satu sidang media berkenaan penutupan jalan akan diadakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur esok.

Hari ini tersebar mesej di laman sosial mengatakan terdapat beberapa laluan di ibu negara akan ditutup pada Sabtu ini bermula 5 pagi sehingga 6 petang berikutan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0.

Jalan yang disenaraikan menerusi mesej berkenaan termasuk Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja. - Bernama

7 orang berkata:

Anonymous said...

Gila ker.
Dah tau kuning nak turun, merah nak turun, lagi tak mau tutup jln.

Patutnya tutup jalan dan tangkap merah dan kuning yg kurang hajar tu.
Kasi dakwa masuk dalam. Biar dia rasa.

Cilaka...gua mau pergi kerja pun susah.

Anonymous said...

Polis kena bertindak awal.
Kasi tangkap masuk kandang.
Jangan sudah huru hara baru nak bertindak.
Tak guna klu nasik sudah jadi bubur

Anonymous said...

Kasi tangkap semua bos kuning dan merah dulu. Misti anak buah dia kecut telo. Jangan kasi can sama ini orang giler

Anonymous said...

Lu mau pg kerja hari sabtu,baguslah lu rajin,tapi itu hari lu kena pakai baju hijau.tunjukk pada itu baju kuning dan baju merah ,baju hijau kerja rajin /isinin sampai ahad.langsung tak mahu cuti.lu kerja pun potong rumput hijau aje.Lu sama aje dengan bapakakarmu

Anonymous said...


Org bodo buat keja bodo
Saja carik penyakit

Anonymous said...

Apa la ko dapat gi demo2 ni.
Aku nak merempit hari sabtu pun susah.
C
Jilake merah kuning ni
Kasi potong aku punya stim

Unknown said...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.