Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAMAL DAH TAK LAYAK BERGELAR DATO'

50 laporan polis terhadap Jamal, Baju Merah
 50 laporan polis terhadap Jamal, Baju Merah
Zuraida tampil di IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan polis.

AMPANG – Sebanyak 50 laporan polis dibuat terhadap tindakan pemimpin baju merah Jamal Md Yunos kerana dipercayai melakukan ugutan terhadap peserta Bersih 5.0.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, Jamal dipercayai beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk menyerang beberapa pimpinan Bersih 5.0.

“Beliau serta kumpulan baju merah dilihat sudah berani melawan polis yang bertugas mengawal keselamatan orang awam.

“Tindakan beliau itu amat membimbangkan, kami mendesak dan memohon Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas Jamal supaya perkara ini tidak terjadi kepada pihak lain. Tindakan Jamal itu juga boleh mencemarkan imej Negara,” katanya.

Zuraida tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan polis, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Laporan yang sama turut dibuat oleh AMK Ampang, PKR Ampang dan Pejabat Ahli Parlimen Ampang termasuk tiga individu yang mendakwa telah dikasari oleh peserta baju merah pada Ahad lalu.

Menurutnya, tuduhan Jamal berhubung insiden beliau ditumbuk itu di sebuah pusat membeli belah di Ampang, boleh mencalarkan kredibiliti Zuraida sebagai Ahli Parlimen.

“Saya ingin mengecam tindakan Jamal dipercayai tanpa henti membuat provokasi dan menyerang orang awam yang berhimpun secara aman bagi tujuan promosi Bersih 5.0,” kataya.

Zuraida berkata, pihaknya juga turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota polis IPD Ampang Jaya yang menjalankan tugas secara profesional.

“Anggota polis yang terlibat tidak memberi jalan kepada Jamal, kita lihat bagaimana Jamal menolak anggota polis ketika berada di pintu pusat membeli belah berkenaan.

“Saya turut membuat surat ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias yang menjaga keselamatan saya serta anak buah saya bagi memastikan kami tidak dikasari oleh peserta baju merah,” katanya.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Dah ada 50 report.
Mintak polis siasat.
50 report tau.
Bukan 1 report.

Tolobg buat laju sikit.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.