'Guna Sosma bukan takutkan pengganas, tapi rakyat kita'
SHAH ALAM - "Di manakah janji kerajaan bahawa akta Sosma tidak akan
sesekali digunakan untuk tujuan politik, tetapi diwujudkan bagi
membendung pengganas?".
Itu persoalan dibangkitkan Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR,
Nurul Izzah Anwar kepada kerajaan selepas Pengerusi Bersih 2.0, Maria
Chin ditahan polis kelmarin.
Dakwanya, penangkapan sembrono ini beserta penyalahgunaan Sosma jelas
membuktikan kegusaran pembangkang yang menolak akta ini termasuk Pota
dan Poca, adalah tepat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan jangan salah guna Sosma]
“Undang-undang Sosma, Pota dan Poca ini diketahui memberikan kuasa
mutlak kepada kerajaan Datuk Seri Najib tanpa kebertanggunjawaban.
“Jelas bahawa akta Sosma, Pota dan NSC yang diluluskan dengan kadar
luar biasa pantas pada tahun ini bukanlah untuk membendung pengganas dan
aktiviti keganasan tetapi untuk menakutkan rakyat daripada menyuarakan
salah guna kuasa dan dan dana oleh kerajaan,” katanya dalam satu
kenyatan media, hari ini.
Maria ditahan oleh polis di bawah Akta Sosma dan perkara itu disahkan oleh peguamnya semalam.
Tambahnya lagi, tangkapan dan penahanan hampir 20 orang aktivis dan
pemimpin pembangkang serta penahanan Maria di bawah akta Sosma
membuktikan akta tersebut yang diwujudkan kerajaan BN untuk mengawal
pengganas telah disalahgunakan.
“Lihat sahaja tangkapan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan
merupakan tindakan yang bukan sahaja bertentangan dengan amalan
demokrasi, bahkan juga menampakkan sifat kerajaan yang mengamalkan
kediktatoran.
“Kerajaan sering mengumumkan kononnya mereka menganjurkan amalan
demokrasi yang sihat dan membuka ruang kebebasan bersuara yang inklusif
bagaimanapun, tindakan menangkap aktivis, mahasiswa dan ahli parlimen
dilihat bertentangan dengan apa yang mereka anjurkan,” tambahnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan tanpa syarat .
“Perhimpunan aman semalam terbukti berlangsung dengan jayanya, kerajaan
BN boleh hentikan perbuatan menyalahgunakan akta untuk menangkap
aktivis dan pemimpin pembangkang hanya kerana perbezaan pendapat.
“Rakyat sudah semakin jelik dengan pentadbiran negara yang mana jelas
dibuktikan dengan himpunan puluhan ribu rakyat di Pusat Bandaraya
semalam,” katanya mengakhiri bicara.
1 orang berkata:
Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999
Post a Comment