RUU 355: Hadi jawab kekeliruan bukan Islam
SHAH ALAM - Pas sedia berdialog dengan pemimpin agama bukan Islam bagi
menjelaskan beberapa kekeliruan berhubung pindaan Rang Undang-Undang
Persendirian (RUU 355), yang diusulkan di Parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, antara isu yang
sering dimainkan kalangan pemimpin bukan Islam ialah mengaitkan pindaan
RUU 355 sebagai usaha membuka pintu ke arah pelaksanaan hudud.
“Hukum hudud adalah di luar daripada RUU 355, tapi nampaknya terus
dijadikan senjata bagi menentang Islam secara terbuka,” katanya dalam
satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, RUU 355 hanya tertakluk kepada penganut Islam yang
beriman dan budiman, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan dalam
masyarakat dan tugasan mereka.
“Aspek kehakiman menjadi rukun dalam menunaikan perintah ALLAH SWT.
Oleh sebab itu, taraf mahkamah syariah daripada kedudukan yang telah
diletakkan oleh penjajah perlu dipinda.
“Ini termasuk juga raja-raja wajib diangkat ke martabatnya, kerana
kedudukan baginda sebagai ketua urusan agama Islam. Sehingga kini,
mahkamah tinggi syariah yang paling tinggi pun, kedudukannya lebih
rendah daripada mahkamah majistret di peringkat daerah,” katanya.
Abdul Hadi berkata, kalangan bukan Islam sepatutnya meraikan perkara
itu dan menghormati saudara Islam, memandangkan mereka berada dalam
masyarakat majmuk.
“Jangan sengaja cari sebab untuk timbulkan ketegangan dalam perkara
yang tidak ada kena mengena dengan urusan mereka. Perbuatan itu akan
menjejaskan keharmonian dalam masyarakat, lebih-lebih lagi mereka
tiba-tiba menentang RUU 355 yang bertujuan menaik taraf mahkamah
syariah,” katanya.
Beliau berkata, golongan pemimpin bukan Islam sepatutnya menyedari
kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak penganut agama
lain yang juga diberi kebebasan.
“Mereka tidak boleh tiba-tiba menghalang penganut Islam dalam bidang
berkaitan agama yang menjadi agama rasmi negara ini untuk melakukan
pindaan, sepertimana cubaan mereka menentang pindaan RUU 355 ketika
ini,” katanya.
4 orang berkata:
Supaya non muslims dan rakyat Msia tak keliru psl ruu 355 dan hudud, kuatkuasakan dulu pd khadam2 dan ahli2 Pas dulu. Kes pertama perompak balak di kelantan diikuti pemakan dedak 90juta.
masih x ada tanda2 keinsafan atas perbuatan sekian lama jual dan permainkan agama..dah tua2 tu bawak2 la berenti dan jauhkan la diri dari mana2 parti politik..
semoga Allah beri hidayah
Komen orang bengong...
terbabas jual agama itu lebih bengong..hihi
Post a Comment