Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KHABAR DARI UMNO SANGAT KECIWA BILA SATU LAWAN SATU

Satu lawan satu: PKR NS harap jadi kenyataan
Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun
Aminuddin

SEREMBAN - PKR Negeri Sembilan berharap persetujuan Pas untuk satu lawan satu pada PRU14 itu menjadi kenyataan.

Pengerusinya, Aminuddin Harun berkata, keputusan yang dinanti-nantikan itu membawa khabar gembira kepada Pakatan Harapan dan Bersatu.

Menurutnya, persetujuan Pas untuk satu lawan satu sudah dijangka dan berharap ia menjadi kenyataan.

“Kita berterima kasih kepada Pas dan parti pembangkang yang lain kerana mempunyai fikiran yang sama untuk menentang BN pada PRU14.

“Pembangkang perlu berani ke hadapan untuk satu lawan satu supaya ia menjadi kenyataan, bukan sepertimana berlaku pada PRU yang lepas,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, PKR berharap Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu dapat menjalinkan kerjasama bermula dari sekarang bagi memikirkan kawasan yang akan ditandingi pada PRU14.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Pas setuju strategi satu lawan satu]

“Perkara ini penting dalam kerana ia melibatkan banyak parti. Jadi, kerjasama dan persetujuan perlu dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan kawasan yang bertanding.

“Secara dasarnya perbincangan kawasan telah dibincangkan di peringkat pimpinan Pakatan Harapan cuma dengan Pas sahaja belum,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.