Azmin didakwa tak amanah, berbohong
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
diselar kerana berbohong dalam kenyataannya berhubung cadangan
pelantikan bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry
Mohd Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) berkata, kegagalan Mohamed
Azmin memberitahu Dewan Undangan Negeri (Dun) bahawa kenyataannya
berhubung isu itu adalah tidak benar amat memalukan setelah menimbulkan
perkara tersebut pada 3 November lalu.
"Dia (Mohamed Azmin) hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tetapi dia
tidak amanah dan bohong pada Dun dengan mengatakan majlis itu menolak
cadangan nama Shukry sedangkan nama itu tidak dibawa pun dalam mesyuarat
berkenaan malah beliau sepatutnya tidak boleh mendedahkan perkara
berkaitan dengan mesyuarat itu.
"Apabila diminta beliau memperjelaskan kenyataannya, dia gagal. Mohamed
Azmin guna Majlis Raja-Raja untuk dapatkan sokongan rakyat...mana
integriti menteri besar?" katanya kepada pemberita di lobi Dun di sini
hari ini.
Pada 3 November lalu, ketika sesi perbahasan Dun, Mohamed Azmin dilapor
mendakwa Barisan Nasional (BN) mempergunakan SPR dengan mendedahkan
cadangan untuk melantik Shukry sebagai Timbalan Pengerusi SPR.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata
cadangan berkenaan tidak diterima oleh Majlis Raja-Raja.
Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri (PMO), Datuk Seri Tengku
Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan pula berkata, kertas
cadangan pelantikan Shukry sebagai timbalan pengerusi SPR tidak
dibentang dan dibincang semasa mesyuarat itu.
Tengku Sariffuddin menjelaskan bahawa kertas cadangan bagi tujuan itu
telah ditarik balik dan telah dimaklum kepada Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebelum Mesyuarat Majlis
Raja-Raja bersidang.
Dalam perkembangan lain, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang
Kali) kesal dengan tindakan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang
menerima usul Datuk Teng Chang Khim (DAP-Sungai Pinang) supaya beliau
dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor.
Tindakan itu adalah susulan kenyataan Mat Nadzari dalam sidang Dun pada
1 November lalu bahawa terdapat kemungkinan wujudnya niat untuk tidak
mengiktiraf sistem Raja Berperlembagaan dan institusi diraja oleh
sebahagian komponen dalam pentadbiran Mohamed Azmin.
"Saya dah semak perenggan ucapan saya itu dan ia merupakan pertanyaan yang perlu diberikan penerangan oleh Menteri Besar.
"Menteri besar hanya perlu jawab ya atau tidak. Ucapan saya itu merujuk kepada kebarangkalian dan kemungkinan sahaja," katanya.
Sementara itu, Hannah berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
yang dipengerusikan beliau akan mengadakan sesi pendengaran dalam
beberapa minggu akan datang untuk memanggil Mat Nadzari memberi
penjelasan.
"Jawatankuasa ini kemudian akan menyediakan penyata dan dibentang serta
dibahaskan dalam sidang DUN akan datang dengan cadangan hukuman yang
wajar dikenakan terhadap beliau sekiranya didapati bersalah," katanya
dalam sidang media selepas sidang dewan ditangguhkan ke suatu tarikh
yang akan ditentukan kelak. - Bernama
20 orang berkata:
Pak karamu...
Kalu baca media amenoo atau pas, tolong baca secara terbalik.
Tak kan tu pun tak tau?
Ker sbb pak karamu ni rakan sedondon amenoo??
Cuba pak karamu copy paste dan ulas sikit pasal ostat taliban mengkapirkan org islam lain. Benda ni banyak yg orang pas tak tau lagi. Boleh kan pak karamu??
Pak karamu. Dulu ada isu seorang walaunta yg mengaku ulamak berkata nak tanam perempuan islam kat jirat cina. Mintak pak karamu copy paste dan komen ucapan ulamak ni. Kami ahli pas nak tahu siapa ulamak yg hebat itu sbg rujukan kami untuk kami tanam org lain di jirat cina jugak. Boleh cepat sikit ye pak karamu?
Ini permintaan kami ahli pas baru. Mintak pak karamu upload video presiden kita yg sedang membaruakan group mat sabu. Satu lagi, video yg belum kami tengok ialah masa presiden kita cakap tokey pil kuda pd calon pkr dulu. Kami nak simpan sebagai kenangan kami untuk anak2 kami. Urgent ye pak karamu...
Pak karamu tau tak mana nak cari amanat hadi yg ahli2 pas gantung kat ruang tamu rumah mereka tu. Mintak pak karamu post kat sini boleh? Saya nak copy dan gantung kat rumah saya dan tunjuk kat anak2 saya la. Boleh ye pak karamu?
Pak karamu...kawan saya kata presiden kita ada berpelukan sedondon dgn najib dan ibrahim. Saya sbg ahli umno memang tak caya selagi tak ada bukti. Pak karamu ada gambar tu tak? Kalau ada mintak tolong post sini. Tak ada kan pak karamu?
Dulu kawan saya org amanah ada cakap sorang ulama kita fitnah seorg perempuan kat sabah kristien kata mati murtad. Keluarga dia marah. Saya mati hidup balik pun tak caya ulamak kita cakap cam tu. Klu ada boleh tak pak karamu copy paste kat sini. Urgent yer pak karamu.
Pak karamu. Kawan saya org dap kata, dap ada derma duit dan buatkan rumah mangsa banjir besar kelantan dulu. Saya 100% tak caya kafir harbi buat benda baik cam tu kat kelantan. Boleh tak pak karamu komen dan post sini. Saya nak patahkan kenyataan kawan saya tu bahawa benda ni tak betul.
Org byk kata pas jual balak dan tebang hutan tempat org asli duduk. Saya sbg ahli pas memang tak caya. Saya nak buktikan pas tak pernah pun jual balak. Tolong pak karamu tulis sini pasal guan eng yg tebang balak kat gua musang kat penang tu. Saya nak bg org tu baca puas2.
Sedara saya cakap pas guna duit cikgu yik sampai 14 juta blm bayar. Mana ada kan pak karamu. Org pas mana buat benda2 dosa mcm ni. Tolong ulas sikit pak karamu. Marah betul saya sbg ahli pas bila dia cakap cam gitu. Tak ada kan, pak karamu? Kan?
Sbg ahli pas yg benci giler kat umno, saya tak caya org kata nik abduh ada bgtau pas sanggup kerjasama dgn umno. Ini semua tipu kan pak karamu? Pak karamu ada video dia tak? Kalau ada mintak upload sini biar musuh pas malu. Mana ada nik abduh cakap cam tu. Mustahillah kan pak karamu?
Pak karamu.
Betul kan mat sabu ada cakap "kita macan anjing salak babi dalam bukit". Ada kan pak karsmu. Mintak pak karamu upload sini supaya org amanah malu besar sbb mengaku anjing menyalak.
nampaknya bukan amno yg dah kencing ko sampai ko patah hati ni hihi..pas yg kencing ko ye?ape yg ko sebut2 tu sume hal kecik je bhaii..dia dah buat lagi gempak dari yg ko sebut2 tu,dia sanggup memalukan keturunan dia demi politik bila dia kata negara islam rupa2nya xda dalam alquran selepas 1oo tahun dia berlagu nakkan negara islam,sampai ada yg berpatah arang berkerat rotan sesama sedara la bhaii pasal lagu dia tu..bukan selepas 1 tahun berlagu tau..selepas 100 tahun dia nyanyi2 meroyan2 tau hihihi..tapi masa dia wat statement yg memalukan keturunan demi politik tu,waktu tu dia gang ko..ko pun ok je la kan hihi..celah gigi je hal yg ko ungkit2 kat atas tu bhai..
sekarang majlis demo bersih ko tu pas kata hukumnya haram ke ape bhai?hihihihi
insyaAllah kalo ada rezki pas kawan ngan dap balik sebelum pru..hukum demo bersih ko tu hukumnya bertukar dari haram jadi dapat pahal jihad,jgn riso bhaii insyaAllah..
hihihihi
*pahala jihad
Nampak sangat yg komen2 pasif ttg pas kat blog pakaramu ni puak PAN penjilat dubur DAP. Bahasa berulang2?..PAN dah pokai ke sampai tpksa tumpang blog nih.... Cian tengok orang gila talak nih.. Pehhhh
tol tu..
pan,pas,dap,pkr,umno,mic,mca dan lain2 2x5 sama je barua hihihi..
saya Surwanto seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Salah ke pakai sedondon...
Kecusli anon 9.51... 2x7 hi..hi.hi
Post a Comment