Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK TENGOK MERAH KUNING ADA BERANI KE ?

Tindakan jika Bersih, Baju Merah ingkar arahan
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Polis mengulangi amaran kepada penganjur Bersih 5.0 dan Gerakan Merah bahawa tindakan tegas akan diambil jika kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing yang dirancang di ibu kota Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan tersebut diingatkan agar tidak menyalahkan pihak polis yang bertanggungjawab mengekalkan keamanan mengikut undang-undang sedia ada.

"Saya nak ulangi semula bahawa semua pihak perlu mematuhi undang-undang, jangan marah kalau kita ambil beberapa langkah terhadap mereka yang tidak mematuhi undang-undang ini..tak kiralah kuning, hijau, merah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kerjasama Latihan Polis Nasional Asean (Aseanapol) Ketujuh (APTCM) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Katanya, yang menjadi masalah ketika ini adalah tiada pihak yang memberikan notis kepada PDRM tentang perhimpunan masing-masing.

"Kuning cakap dia nak berhimpun berhampiran Dataran Merdeka, Merah pula cakap dia akan ikut sama. Bila orang tak bagi notis, susah kita nak buat persiapan, ada pula yang bijak pandai kata dah bagi notis...tafsirkan undang-undang dia sendiri.

"Apa juga akan kami gunakan untuk mengelak perkara buruk berlaku dan ia mengikut peruntukan undang-undang yang ada...kami akan ikut cara-cara yang betul," katanya.  

Dalam pada itu, Khalid berkata PDRM akan bekerjasama rapat dengan Aseanapol dan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam membanteras jenayah siber bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

"Kami bekerjasama rapat ditambah lagi dengan adanya IGCI (Kompleks Global bagi Inovasi Interpol) dan Interpol di Singapura, ini memudahkan lagi rangkaian Aseanapol dihubungkan dengan Interpol dan lain-lain seperti Africapol, Europol dan sebagainya.

Khalid berkata, kira-kira 556 juta mangsa jenayah siber seluruh dunia direkodkan dengan kerugian mencecah US$110 bilion setahun. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.