Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NI DIA BUDAK JAMAL TUH

Jamal direman empat hari
Jamal direman empat hari
Datuk Seri Jamal Md Yunos dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang selepas mendapat perintah reman empat hari bermula hari ini.

AMPANG JAYA - Pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Ampang Point, Ahad lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izwan Mohd Noh selepas Jamal dibawa ke mahkamah di sini, sebentar tadi.

Diiringi anggota polis, ketibaan Jamal pada kira-kira jam 1.35 petang itu turut disertai peguamnya, Nasser Yusof dan Khairul Anuar Kashim.

Kira-kira jam 1.30 pagi tadi, beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang bagi disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Turut ditahan reman adalah aktivis gabungan NGO, Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak.

Penasihat Undang-Undang Gerakan Merah, Datuk Mohd Imran Tamrin ketika ditemui pemberita berkata, ketiga-tiga mereka dibawa ke lokap berpusat Shah Alam.

"Siasatan dijalankan kerana menggangu penjawat awam menjalankan tugas dan kekerasan," katanya.

Menjawab keadaan Jamal dan dua aktivis itu, Mohd Imran berkata, mereka  dalam keadaan sihat dan mereka memberikan kerjasama yang baik bagi membantu siasatan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.