'Wan Azizah: Pas memang tak datang tapi...'
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari
ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama' dengan gabungan
itu.
Ujarnya, ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin
yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana
parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.
"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang tapi saya baca
kenyataan akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya
dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.
Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man yang bertegas Pas tidak akan menghadiri konvensyen
tersebut.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat
terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi
mewujudkan kekuatan pembangkang.
Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.
“Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.
"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan
sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,”
katanya.
30 orang berkata:
b.n memang zalim budak kecik pun x nafi tu..tapi jual agama lagi zalim..hihi
Hahaha...pak karamu meroyan lagi. Pergi umnoo sana la. Sana byk dedak
Amanah dah ada. Buat apa nak kaki kencing lagi. Kang habis semua pembangkang bau kencing
Tun sindir parti yg buat masalah ialah parti kawan najib. Parti itu mesti ditentang sama spt parti najib.
Parti apa tu??
Heeeeee
Sian pan pin pun benci pas tapi jemput konvensyen mabuk ketum apa
Tak jemput kang umnoo spin cerita pulok
Kita ni melayu. Ada adat. Jemput2 ayam gituu
Tak dtg tu mengesahkan pertandingan 3 penjuru memang akan berlaku di kelantan.
Yup...akhirnya pak karamu mengakui amanah pengganti pas dalam pakatan pembangkang.
Mujur tak dtg. Klu tak tentu malu besar kena boo dan kain rentang oleh penyokong pembangkang.
Tak sapa pemimpin pas yg berani datang. Malu besar kalu terserempak ngan husam, mat sabu dan salahudin. Mana nak letak muka woiii...mahu tekencibg2 weiii
Nasib baik x dtg. Klu dtg mesti panas telinga kena sindir tun madey.
Datang pun bukan boleh dapat dedak. Kalau ada dedak kita orang misti datang punya.
Keistimewaan org melayu ialah mereka tetap mempertahankan ego dan kebodohan mereka walaupun pada saat yg paling lemah.
Ni yg aku respect kat pas ni.
Cer bg dedak. Belumba2 derang dtg
Pas kan dah bagitahu. Pas bertanding bukan nak menang. Pas nak jadi penasihat je kot?
Tak sapa yg berani datang. Nik abduh? Hadi? Nik Amar? Zuhdi?
Dtg pun mesti malu gila.
Baik x payah datang.
Nasib baik tak dtg. Budak2 amanah dah sediakan kain rentang utk sambut kedatangan wakil pas. Klu datang misti besar dia orang punya kemaluan wooo
Dewan pun dia ponteng, inikan pula cuma majlis permuafakatan pembangkang.
Secara jujurnya kami ahli pkr memang tidak suka mereka datang. Seriously! Kami bimbang kehadiran pas lebih banyak mendatangkan keburukan drp kebaikan.
Alhamdulillah syukur.
Allahu Akbar!!
"Pas memang buka pintu utk kekuatan oembangkang"
Kepala buto.
"Strategi 1 lawan 1 adalah terbaik tewaskan umno"
Kepala buto.
Cara terbaik lingkupkan pas di kelantan ialah pertandingan 3 penjuru. Ini yg kita mahu.
Pas lebih kuat jika bersendirian atau bergabung dgn umno.
Kpd semua pengundi pru 14.
Jika anda sayang hutan rimba dan hutan simpan di negeri anda, jangan sesekali benarkan parti penjual balak berkuasa di negeri anda. Hindari dan jauhilah mereka sebelum hutan kita pupus.
Kalu kalah pru 14 ni, mcn mana korang nak bayar ansuran velfire ngan banglo?? Pening woooo
Oiii walaunta.!!!!!!
Bangun solat subuh woiiii
Terhibur baca komen2 di sini. Terbaik!
Ko pergi la duduk dalam hutan tu.
Terhibur mendenya.. komen penuh dengan sikap busuk hati.. fitnah..
Busuk hati dan fitnah tu biasanya dari khadam2 jual agama yg berguru dgn ketua lebai kaki ponteng pembohong bersiri. Tok guru kencing berdiri para khadam kencing berlari..
Post a Comment