Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS AKAN BERTANDING DIKERUSINYA PAN JANGAN CUBA NAK RAMPAS, MINTALAH KERUSI KAT DAP DAN PKR

Amanah sedia tanding kerusi Pas
 Muhammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin

IPOH - Amanah Perak sedia untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Pas pada PRU13 lalu pada pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pihaknya mempunyai calon-calon yang berwibawa untuk diketengahkan bagi bertanding di semua kerusi termasuk Parlimen Parit Buntar dan Dun Changkat Jering.

“Pada PRU13 dahulu, kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Perak.

“Ia mencemaskan BN, dan kita harap semangat kesepakatan itu akan diterjemahkan kembali Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN pada PRU14 nanti,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin dengan kerjasama yang akan diwujudkan Pakatan Harapan dan parti Bersatu akan meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadap pihak pembangkang.

“Kita akan teruskan agenda untuk membela rakyat dan pada masa sama kita ingatkan bahawa jangan ada mana-mana pihak yang akan menjadi pengkhianat untuk mengekalkan kuasa BN,” katanya.    

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengemukakan bantahan berhubung pemindahan 8,800 pemilih berdaftar di Dun Changkat Jering ke kawasan Dun Aulong sepertimana cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, pemindahan itu turut melibatkan dua pusat mengundi iaitu Simpang Baru dan Pengkalan Aur.

“Kita kemukakan hujahan kepada SPR, mengapa dan atas alasan apa mereka semua perlu dipindahkan ke Aulong?.

“Bukan hanya tak relevan malah jarak (pemindahan) untuk ke tempat mengundi baru itu jauh sekitar 10 hingga 15 kilometer dari tempat sedia ada,” katanya.

Mohammad Nizar berkata, bantahan yang dikemukakan itu sedang dalam penelitian SPR dan sekiranya diterima bermakna cadangan sedia ada akan terbatal.

Katanya, SPR turut memaklumkan bahawa keputusan itu berkemungkinan dimaklumkan dalam jangka masa dua atau tiga minggu dari tarikh bantahan dibuat.

“Mereka tak maklumkan tarikh yang spesifik, cuma mungkin dalam dua atau tiga minggu dari sekarang. Kita hanya tunggu mereka, apa sahaja tindakan akan dibuat selepas itu,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Adun Changkat Jering berkata, tujuh bantahan sama dibuat pihaknya membabitkan kawasan Dun lain di negeri ini.

Katanya, antara kawasan Dun itu adalah Manjoi, Lubok Merbau, Slim River, Pasir Panjang, Sungai Rapat dan beberapak Dun lagi.

“Ia atas kapasiti Amanah Perak sendiri dan semuanya merupakan bantahan terhadap persempadanan semula yang dibuat SPR sebelum ini,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hissss....
Mana ada perbincangan pas dgn Amanah. 3 penjuru sapa2 pun bole masuk. Tolong jgn terkencing2. Jangan nak merepek meraban.

Bole jalan da

Unknown said...

retro jordans
nike football boots
cartier bracelet
true religion jeans
chrome hearts
led shoes for kids
chrome hearts online
yeezy boost 350
adidas nmd runner
yeezy boost 350 v2

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.