Pas tak akan serah kerusi kepada Pakatan
TEMERLOH - Pas Pahang tidak akan menyerahkan semua kerusi ditandingi pada PRU13 kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.
Pesuruhjayanya, Rosli Abd Jabar berkata, kerusi ditandingi Pas pada PRU13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya, kini Pas dan PKR masih berada di dalam Pakatan Rakyat,
justeru semua kerusi antara Pas dan PKR berdasarkan kepada status quo.
“Suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding
di kerusi Pas melalui komponennya, sama ada Amanah atau DAP.
“Pas Pahang menegaskan bahawa jika Pakatan Harapan bertanding di kerusi
Pas bertanding, Pas Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di
kerusi PKR bertanding.
“Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat
berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak mengganggu
kerusi Pas bertanding,” katanya.
Rosli berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan
Perhubungan Pas Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera Pas telah
bekerja di setiap Dun Pas bertanding sejak bertahun lalu dan lebih
agresif apabila hampir pilihan raya.
Beliau berkata, jika Pas menarik diri untuk memberi laluan kepada
Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya Pas yang kini
sedang bersemangat untuk menghadapi PRU14.
Pas tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada
DAP dan Amanah walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan
Amanah, tetapi masih bertahaluf dengan Pas.
“Pas tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi Pas.
“PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada Amanah, bukan ambil kerusi Pas.
“Pas tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun Pas Pahang
tegaskan sekali lagi bahawa Pas Pahang akan bertanding di mana-mana
kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu
kerusi Pas dicerobohi oleh Pakatan Harapan.
“Pas bukan sahaja bersedia untuk bertanding tiga penjuru, malahan
beberapa penjuru sekali pun dan inilah juga kesediaan di peringkat akar
umbi Pas, Pas nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP
Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan Pas dan menghalau Pas
keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub baru-baru ini, kenyataan
ini sangat menghiris hati ahli Pas,” katanya.
Rosli berkata, keutamaan Pas ialah memperjuangkan prinsip Islamnya demi
kebaikan rakyat dan pada masa sama Pas tetap akan menentang Umno dan BN
dan sesiapa sahaja yang menghalang Pas dari perjuangkan prinsipnya.
“Pas tidak akan berganjak walau seinci pun, Insya-ALLAH Pas akan terus
mengharungi cabaran politik negara bersama rakan-rakan di dalam Gagasan
Sejahtera’,” katanya.
25 orang berkata:
pas pun sama je..main2 kan agama..
lagi teruk
Pengkhianat tu ialah group UG. Mereka mudah dikenali. Baju sedondon dan berpeluk3. Mengangkat keris semasa berparti.
Pengkhianat tu lah yg telah menganiaya orang asli yg dulunya mengundi mereka dlm pru 13. Pengkhianat itu mesti dikalahkan biar sampai bungkus kain baju.
Pengkhianat tu jual balak murah2 pd kroni.
Lebai2 Pas jual agama lah puak pengkhianat sebenar.
Pengkhianat itu gondolkan hutan dan menyebabkan banjir besar. Kalau tempat dia banjir mereka kata dugaan tuhan. Kalau tempat orang banjir mereka kata bala tuhan.
Pengkhianat sebenar ialah mereka yg cilok duit cikgu yik 14 juta setelah cikgu2 tu undi mereka pd pru 13
Pengkhianat tu ialah dia yg rembat kerusi pkr dgn disusuli fitnah tokey pil kuda pd pru 13.
Pengkhianat sebenar ialah org yg masuk calon pru 13 di damansara yg sepatutnya milik calon psrm. Pengkhianat yg tamak haloba ni akhirnya tertonggeng
Pengkhianat ni gila kuasa nak jadi ketua pembangkang. Dia ingat pembangkang ni bangang mcm dia jugak kot.
semoga pas berenti jual agama..
keluar je dari politik dan x payah tggu2 kuasa lagi untuk tolong org..esok keluar je separuh dari harta sendiri tolong sedara2..mana ada polis tangkap pun keluar separuh dari harta sendiri nak tolong2 orang..nak tolong orang ikut jalan jauh tu kan penipu nama dia..jalan dekat harta sendiri kan ada..hihihi..kalo ada 1 juta ahli ko bawak semua kelua dari politik dan suh 1 juta tu keluar sendiri separuh dari harta masing2 tolong org kan besar faedah dia tu..ape yg kalut ko g rebut kuasa ngan umno dap pkr pan semua untuk tolong kita2 ni?hehe..
jgn membongak jual nama agama x boleh ke?hihihi
Rumah pengkhianat ni dah senget. Tunggu masa nak roboh. Tak sapa nak masuk rumah pengkhianat ni sbb bau hancing giler.
Pengkhianat taraf tinggi. Banglo ada. Velfire ada. Renjer ada. Vw ada. Org miskin hilang rumah duduk dlm khemah je
Pengkhianat ke hulu hilir bawak ruu. Last2 kena kencing. Dah kena kencing dia meroyan2
Pengkhianat ni tak kenal jasa kawan. Dia nak tanam kat jirat cina. Aku cadang kat pengkhianat tu tanam bapak dia sendri dulu.
Pengkhianat sebenar ialah mereka yg bg org miskin air teh tarik untuk makan minum
Pengkhianat ialah pihak yg terima derma duit banjir dr kapir harbi. Kapir harbi buat rumah mangsa banjir dah lama siap. Pengkhianat rakyat buat rumah tak siap2
Pengkhianat tu klu tegur ikut saluran dia buat pekak badak. Kalu tegur luar saluran dia pecat dan kata tak ikut saluran.
Pengkhianat ni cari duit tak pandai. Harapkan royalti minyak arab. Yg dia pandai cuma jual balak
Pengkhianat ni mulut dia mulia. Antara perkataan mulia mereka ialah "barua, babi, anjing, keldai, tokong....". Budak 7 tahun yg belum baghil pun tak mulia mcm neh
Pengkhianat tu dah kena kencing. Lepas tu dia nak kencing org lain pulak.
Pengkhianat tu memakai topeng serban, jubah dan janggut.
Pengkhianat tu nak jadi tuhan menghukum org sana sini. Khadam2 dia nak jd wakil tuhan.
Nak tergelak baca komen, entah apa2. Sekolah sampai Tingkatan berapa? BM dapat kredit ke x?
anon 1149..x sampai la huhu..cuba g
Post a Comment