Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGAKUAN YANG JUJUR, BN/UMNO AKAN KALAH PRU 14,UMNO TENAT !

PRU14 akan tentukan hidup mati Umno
Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah perjuangan 'hidup atau mati' bagi Umno berikutan serangan demi serangan yang dihadapi parti itu pada masa ini.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti tidak boleh memandang ringan akan serangan itu kerana ia tidak hanya datang dari musuh tradisi Umno malah daripada bekas-bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.

"PRU akan datang merupakan PRU paling sengit dan akan menjadi penentu hidup matinya Umno dan kita perlu pertahankan parti ini lebih-lebih lagi pada saat ini, di mana kita berhadapan dengan cabaran yang berterusan.

"Umno pada hari ini menjadi bahan kritikan dan senda, yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita, memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir," katanya.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan Veteran Umno Bahagian-Bahagian Johor 2016 yang dihadiri lebih 300 veteran di sini, hari ini.    

Mohamed Khaled berkata, jika Umno gagal membuat perancangan dan tidak bersiap sedia menghadapi PRU dari sekarang, maka ia mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk kehilangan kuasa.

"Kita patut rasa bimbang kerana yang menyerang kita ini bukan calang-calang orang, oleh itu kita perlu merancang, kerana kalau kita tidak merancang, kita akan gagal.

"Justeru itu, semua anggota Umno Johor perlu memastikan bahawa parti ini kekal relevan, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga bagi masyarakat bukan Melayu," katanya.

Demi memastikan parti kekal relevan, beliau memberi saranan agar Umno mengambil langkah proaktif untuk memperkasa dan memperjuangkan Islam bagi menyatupadukan semua orang Melayu di negara ini.

Katanya, penyatuan ini penting kerana masa depan Umno terkait dengan cara anggotanya memperjuangkan politik Islam namun kaedah perjuangan itu tidak semestinya perlu 'bersatu' dengan Pas.

"Kita boleh mencontohi pentadbiran negara-negara Islam di luar dalam aspek terbabit.

"...Pengundi memilih Umno bukan kerana faktor sentimental tetapi berdasarkan keupayaan parti untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat," katanya. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Satu saja tindakan yang perlu semua ahli UMNO fikir dan bertindak cepat sebelum terlewat ia itu pecat Najib dengan undi tidak percaya jika tidak selagimana menteri kebinet najib masih duduk pertahan kesalahan najib maka tunggulah akibatnya kami ahli UMNO bawahan seluruh Malaysia sudah tidak tehan telinga hendak mendengar colotehan bodoh menteri-menteri najib yang bukqnnya hendak berterus terang sebaliknya membela najib yang sudah kotor dengan amalan rasuah ya itu hinggakan telah menyalah gunakan kuasanya keatas penjawat awam yang akan bertindak keatasnya mengikut landasan undang-undang negara.Apakah ahli UMNO semua hendak dibisukan dengan suapqn juga ingatlah kita kan mati dan akan disoal disana nanti jangan sampai kita juga terjerat dengan lobang yang digali oleh najib.Adakah kita ahli UMNO sedar yqng rakyat hari ini sangat marah pada kepimpinan UMNO hinggakan TUn Mahathir sanggup jadi kepala berontak dinegara yang saru ketika dulu dai sendiri yang bagunkan apakah kita tidak sedar itu walaupun kita rasa cara Tun terajui negara agak keras tapi kerana beliaulah kita berada ditahap ini hari ini tapai najib telah merosakkannya ,ayoh kita bertaut semula jika mahu melayu berjaya dengan humbankan najib kelembah yang dia sendiri tempah.Selamat humbankan najib.

Anonymous said...

Setuju sgt.
Kita perlu korbankan salah satu.
M01 atau parti kita.

M01 adalah punca krisis.
Pilihan di tgn kita.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.