Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU LOGO SATU HARAPAN SATU HALUAN ?

HUH ! NASIB BAIK LA PAS TAK SERTAI, KALO TAK PAS AKAN JADI PARTI SEKULAR, TAK PAYAH PAKAI AKAL, PAKAI OTAK MACAM UNTAPUN DAH FAHAM HALA TUJU PERJUANGAN PAKATAN HARAPAN, LAIN LA PARTI PAN PARTI ISLAM YANG SEBENAR-BENAR ISLAM, - Pak Karamu
 
 
Satu logo: Perjuangan Pakatan Harapan perlu sehaluan
Perjuangan Pakatan Harapan perlu sehaluan

SHAH ALAM – Pakatan Harapan memerlukan matlamat yang jauh lebih besar untuk  merealisasikan hasrat bertanding di bawah satu logo dan satu manifesto dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berkata, parti-parti komponen dalam gabungan itu harus berprinsip kepada perjuangan yang sama dan bukannya sepakat untuk menumbangkan BN semata-mata.

“Setiap parti boleh menyertai mana-mana gabungan sekiranya masing-masing memiliki matlamat dan hala tuju perjuangan yang sama.

“Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diterima dalam Pakatan Harapan, ia juga harus memiliki prinsip yang sama dengan parti-parti komponen yang lain dan bukannya bersama semata-mata untuk menumbangkan BN.

"Malah mereka juga harus mempunyai matlamat yang jauh lebih besar, jika mahu meyakinkan masyarakat secara umum,” katanya kepada Sinar Harian.

Sabtu lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Konvensyen Pakatan Harapan berkata, kunci kejayaan parti pembangkang  adalah penyatuan semua parti dan Pakatan Harapan harus bertanding di bawah satu logo dan satu manifesto seperti BN untuk menang pada PRU akan datang.


Beliau berkata,  jika persefahaman dan hala tuju perjuangan Pakatan Harapan sehala, maka ia akan memberi kesan untuk melahirkan ‘satu lawan satu’ dalam PRU akan datang.

“Penggunaan satu logo seperti itu bukanlah perkara baharu. Sebelum ini pun ia pernah cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat tetapi gagal dan barangkali usaha itu mahu dilakukan sekali lagi.

“Bagaimanapun ia juga bergantung kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sama ada boleh membenarkan atau tidak perkara itu kerana ia harus memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan,” jelasnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.