Begitulah negara ini, bila para demokrat dipenjara...
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
mengecam penahanan para peserta Himpunan Bersih 5 di bawah Ops Bersih
yang dilakukan pihak berkuasa.
Ujarnya, penahanan itu menunjukkan pemerintah gagal menghormati hak
bersuara dan berhimpun dengan aman seperti yang termaktub dalam
undang-undang dan perlembagaan.
"Para demonstran berhimpun dan berarak secara aman walaupun keselamatan
mereka diancam oleh kumpulan baju merah dan perjalanan mereka disekat
oleh pihak berkuasa.
"Begitulah keadaannya di negara kita ini. Para demokrat dipenjara, sang
kleptokrat bermaharaja-lela," dakwanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, katanya beliau juga tidak akan berhenti daripada mendesak para peserta supaya dibebaskan.
"Dan walaupun hampir kesemua tahanan baru sahaja dilepaskan jam 12
tengah hari tadi, kita tidak akan hentikan desakan sehingga Pengerusi
Bersih Maria Chin Abdullah juga dibebaskan!," katanya.
Sebelum ini, tiga orang ahli Parlimen telah ditahan; iaitu Tian Chua
dan Zuraida Kamaruddin dari PKR, sementara itu Anthony Loke - DAP.
Mereka ditahan reman selama dua hari.
4 orang berkata:
hasan ali,nasarudin mat isa pun 1 dorang lawan pas wat pe..kan kene buang..angguk je dah la huhu
hasan ali la paling terkena sekali..dia ingat nak pasang cita2 robohkan istana arak kat selangor..x sempat nak roboh,nak tarik arak je pun kene buang dah hihihi..
badigol
Badigol ni kurang membaca...klo bleh jgn jd suara dapiq
Di Selangor, PAS tk malu mkn sedulang dgn DAP dan PKR.
suara dapig menda..
dapig umno pas 2x5 barua hehe
Post a Comment