Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANGKAPANTERUS DILAKUKAN

Armand, Chuan How antara yang terakhir ditahan
Armand, Chuan How antara yang terakhir ditahan
Foto armandpju.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How merupakan antara 17 individu ditahan sempena perhimpunan haram, Bersih 5 dan Baju Merah, di ibu negara, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, Armand Azha selaku pemimpin kumpulan Baju Merah dan Chuan How sebagai aktivis Bersih 5, ditahan di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 15 pemimpin daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk  Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan pada semalam dan hari ini.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata, sebanyak 28 laporan polis dibuat iaitu 20 laporan tangkapan dan lapan laporan amm dan empat kertas siasatan dibuka sepanjang perhimpunan termasuk di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan kerana berhasrat mencetus rusuhan, pecah keamanan dan menggugat ketenteraman awam.    

Katanya, tiga lagi kertas siasatan dibuka membabitkan tangkapan ke atas peserta perhimpunan berusia antara 33 hingga 49 tahun kerana kesalahan menggunakan drone semasa perhimpunan itu, memiliki senjata parang dan buku lima, dan mendatangkan kecederaan kepada peserta lain.

Amar Singh berkata sepanjang perhimpunan itu juga turut dikesan peserta yang membawa kanak-kanak dan perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menurutnya tindakan lanjut akan diambil.

Menjelas lanjut, beliau berkata perhimpunan Bersih 5.0 dan Himpunan Baju Merah berlangsung seperti yang dirancang dan dijadualkan oleh penganjur masing-masing walaupun larangan telah dikeluarkan oleh pihak polis sebelum ini.

"Tidak dinafikan juga berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa kerana peserta perhimpunan berkumpul dan berarak di jalan-jalan raya," katanya.

Katanya, kumpulan Baju Kuning berkumpul di Dataran Maybank, Stesen LRT Bangsar, Masjid Negara, Sogo, Tun Perak dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.    

"Himpunan Baju Merah pula berkumpul di sekitar PWTC, Jalan Raja Laut, Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kumpulan ini berarak ke Padang Merbok setelah diarahkan pasukan polis," katanya.

Amar Singh menganggarkan lebih kurang 15,500 peserta Baju Kuning hadir ke perhimpunan ini, manakala hanya lebih kurang 2,500 orang hadir berhimpun dengan memakai Baju Merah.

Katanya, sehingga pukul 6 petang ini, suasana di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Dataran Merdeka terus terkawal dan peserta perhimpunan telah bersurai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada anggotanya yang berjaya menjaga keamanan dan keselamatan sepanjang perhimpunan hari ini.

"Warga Polis Diraja Malaysia telah mempamerkan sifat kesabaran dan profesionalisme yang amat terpuji dalam melaksanakan tugas hari ini," katanya menerusi catatan di akaun Twitternya. - Bernama

9 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa baju merah tutup muka?

Sbb byk drp mereka ialah bangla. Bangla buat part time hari sabtu.

Anonymous said...

Kenapa baju merah tutup muka?

Sbb mereka kerja bawah cina. Bos ikut bersih. Takut kena pecat kalu bos nampak.

Unknown said...

Tahniah bersih kerana berjaya berarak dengan aman. Tapi.
matlamatnya? Untok jatuhkan Najib. Tapi Najib sedang bersamba di Peru..tak juga letak jawatan. So..bersih5 hanya sekadar pesta tahunan,untok mengumpol anak muda dan mereka yang kesunyian.
Umpama" operation successful,but the patient died"
Sudah lima siri bersih tapi Najib masih PM dan BN masih memeretah...

Anonymous said...

Hasil Bersih5, PRU14 nnt Umno parti jual bangsa dan Pas parti jual agama terus bungkus dan melingkup.

Anonymous said...

Hasil Bersih 1-3, Umno kalah dua pertiga majoriti di Parlimen. Hanya kerajaan minoriti.

Anonymous said...

Tak apa yang berubah. Melainkan menjadi barua yang ditaja oleh soross.. najib tetap najib.. dia sedang bersukaria di Peru. Kenapa tak 'bersihkan' Azmin dengan masalah air di selangor atau LGE dengan masalah rumah terlajak larisnya.

Anonymous said...

Alhamdulillah demo Bersih 4 dan 5 berjalan dgn lancar serta aman tanpa parti Pas dan provokasi Umno. Kaum berbilang bangsa dan agama bergabung tenaga tanpa peralatkan agama masing2. Inilah negara Malaysia yg sebenar.

Anonymous said...

Jgn jd barua jual bangsa Umno dan barua jual agama Pas sudahlah..lebih yahudi dari soros..

Anonymous said...

Tengok gambar2 lautan manusia berbaju kuning Bersih5 pasti buat hati macai2 bodoh ketua penyamun negara dan walaun2 tolol lebai jual agama jd cacing kepanasan. Takut hilang dedak sbg mata pencarian nk bagi anak bini makan.kahkahkah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.