Syed Saddiq: Umno jangan talam dua muka
SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman mengingatkan pemimpin politik agar tidak bersikap
talam dua muka.
Mengulas mengenai surat terbukanya kepada Sultan Johor, yang mendapat
kenyataan balas daripada Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk
Syahrin Md Jamaludin, Syed Saddiq berkata, Umno perlu konsisten dalam
perjuangan mereka.
"Saya nak tanya di manakah Umno apabila Tunku Mahkota Johor (Tunku
Ismail Sultan Ibrahim), disindir oleh (Datuk Seri) Nazri Aziz, YB
sendiri nak 'whack' TMJ, tetapi Umno tidak sekali pun label beliau
sebagai seorang yang biadap.
"Malah ada juga yang mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB
Nazri. Perbezaannya, saya tak lah ugut kata nak 'whack' orang yang tak
setuju dengan saya.
"Saya karangkan satu surat yang menggunakan bahasa istana dan pastikan
bahawa surat tersebut mencerminkan budaya budi bahasa di Malaysia.
Hormat itu tetap. Rakyat dan raja berpisah tiada. Jangan talam dua muka,
sokong hanya apabila ia membawa kebaikan kepada diri sendiri. 'Be
consistent', 'be principled'. Jangan jadi seorang hipokrit," katanya
dalam satu kenyataanya hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas kenyataan Syahrin Md
Jamaludin yang mengingatkan beliau agar tidak biadap terhadap Sultan
Johor.
[ARTIKEL BERKAITAN:Syed Saddiq, jangan jadi biadap!']
"Seluruh rakyat Johor menyanjung tinggi titah tuanku yang mengharamkan
sebarang perhimpunan yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan
rakyat...tapi tiba-tiba pemimpin muda mentah ni nak berlaku biadap
dengan sultan kami.
"Dia sanggup mengetepikan adab dan membutakan mata hati melihat sesuatu
isu dalam skop lebih luas semata-mata kerana kepentingan politik,"
petik kenyataan Syahrin.
Mengulas lanjut isu berkenaan, Syed Saddiq berkata beliau tidak kisah dengan panggilan kasar tersebut terhadapnya.
"Panggil lah saya mentah kerana budak mentah inilah yang akan berjuang
untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN demi negara tercinta," katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq telah mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan
Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri Johor.
3 orang berkata:
Apa la mamat neh. Umno tak pernah sikap talam 2 muka. Dari dulu sampai skrg memang sikap dia mcm tu.
Yg talam 2 muka tu ialah parti walaunta semalaysia. Kejap join pr. Kejap lagi sekongkol UG. Kejap lagi peluk2 sedondon. Kejap lagi nak bersama pembangkang, kejap lagi tanam kat jirat cina. Dah macam2. Lebih drp talam 5 muka.
Apa la mamat ni...
Itu pun tak tau ke?
Umno setia dgn gabungannya dlm bn walaupun gabungan mengkritiknya. Buktinya umno saja tak bg peluang pd ruu 355 pas sbb nak jaga mca, mic dan gerakan kecil hati dan mungkin pecahkan bn.
Pas ada macam tu??
Umno lebih setia rakan berbanding pas.
So kalau diberi pilihan, you nak pilih umno ker pas??
You boleh fikir kan....
bagi aku semua barua 2x5..so pilih je sesapa pun xpe hehe
Post a Comment