Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MULA BIMBANG

Tun M hadir mesyuarat pembangkang bukan ganjil
Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Parlimen hari ini bagi menghadiri mesyuarat bersama ahli Parlimen pembangkang bukan perkara ganjil kerana ini satu lagi usaha beliau menyerang kepimpinan negara, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, katanya, tindakan bekas perdana menteri itu tidak akan mampu menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang utuh dengan kesatuan anggotanya.

"Macam-macam dia buat kepada Umno, namun kita terus bersatu kerana kekuatan Umno bukan kepada individu sebaliknya mencakupi semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi, cawangan, bahagian, negeri dan pusat.

"Dia serang Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita pertahankan kerana presiden kita, macam juga kita pertahankan beliau dahulu kerana beliau presiden parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota Parlimen di Parlimen hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir kononnya Dewan Rakyat pada masa ini tidak demokratik jika dibandingkan zaman pemerintahannya, Hishammuddin berkata ia perlu dinilai oleh rakyat dan sejarah.

"Beliau boleh menganggap kepimpinannya lebih baik, tetapi biar rakyat tentukan, biar sejarah menentukan segalanya. Orang akan menilai apa yang beliau lakukan sekarang adakah konsisten dengan apa yang beliau lakukan dahulu," katanya.

Sementara itu, mengenai pelbagai memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Malaysia dan China yang dianggap pembangkang sebagai menjual negara, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perjanjian itu tidak menggugat maruah dan kedaulatan negara.

Sebaliknya, perjanjian itu penting dalam mengukuhkan ekonomi negara serta memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan China pada masa ini merupakan sebuah kuasa ekonomi dunia, katanya.

"Negara amat rugi sekiranya hubungan yang dirintis bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein sejak 42 tahun lalu tidak dimanfaatkan khususnya dalam suasana kelembapan ekonomi dunia sekarang," katanya. –Bernama  

3 orang berkata:

Anonymous said...

Hadi pun tak bising.

Anonymous said...

Betulah tu...muflis malaysia..
Keris pahang

Anonymous said...

Tak payah bising pasal madey tu. Tak ada apa dia blh buat pun. Dulu kan dia pun bnyak buat onar.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.