Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG BEBAS TU KIRA TAK SALAH LA

10 individu sertai himpunan dibebas hari ini
Laporan langsung himpunan Bersih 5.0

KUALA LUMPUR - Lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5 serta dua aktivis kumpulan baju merah yang ditahan pada Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram semalam, dibebaskan hari ini.

Mereka ialah anggota jawatankuasa Bersih, Mandeep Singh Karpall Singh, anggota DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, anggota DAP, Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan anggota jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvam.

Selain itu, turut dibebaskan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof, Lee Khai Meng dan Safwan Anang@Talib.

Dua aktivis baju merah yang dibebaskan pula ialah Hairol Nizam Md Nor danRazali Zakaria. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa ketikadihubungi mengesahkan pembebasan mereka, namun enggan mengulas lanjut.

"Kesemua mereka yang ditahan pada 18 Nov (Jumaat) telah dibebaskan kecuali Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah masih belum dibebaskan," katanya.

Seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan dalam tempoh dua hari sejak Jumaat lalu berhubung dengan perhimpunan haram Bersih 5 dan baju merah yang berlangsung di ibu kota, semalam.

Mereka yang masih ditahan ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu Tian Chua, pemimpin baju kuning Hishammuddin Rais, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, aktivis Fahmi Reza dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How.

Selain itu, masih ditahan adalah Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan pemimpin baju merah Ariffin Abu Bakar@Ipin Keramat. - Bernama

1 orang berkata:

Unknown said...

Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.