Himpunan Bersih 5.0: Polis sahkan tahan 12 individu
KUALA LUMPUR - Polis menangkap 12 individu berikutan Perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan di ibu kota hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata,
tangkapan ke atas semua individu itu adalah bertujuan untuk mencegah
berlakunya rusuhan, mengugat keamanaan dan ketenteraman awam pada
Perhimpunan Bersih 5.0.
"Kita menangkap mereka di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor," katanya. Beliau berkata, antara individu yang ditahan adalah Ronnie Liu, Mandeep
Singh, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, S Arutchelvan, Wong Che
Wai@Jimmy Wong, Lee Khai Meng, Anis Syafiqah Md Yusof, Hairol Nizam Md
Nor, Razali Zakaria dan Muhamad Safwan Anang.
"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata polis turut menahan, Anthony Loke Siew Fook di sebuah hotel di KL Sentral. "Beliau sebelum ini ditahan di sekitar Seremban bersabit Perhimpuan
Bersih, beliau disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan," katanya.
Beliau berkata, polis juga telah membuat serbuan di pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya. "Kita turut membuat tangkapan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
"Siasatan dijalankan berikutan pendedahan media berhubung beberapa
individu daripada badan bukan kerajaan yang dipercayai menerima
sumbangan dana asing serta dikenalpasti mempunyai hubungan dengan Open
Society Foundation," katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun
Keseksaan (cubaan melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi
berparlimen.
"Polis juga turut menahan dua pemimpin baju merah iaitu Datuk Seri
Jamal Md Yunos dan Ariffin Abu Bakar bagi membantu siasatan Himpuan
Bersih di Ampang, sebelum ini.
"Kedua-dua individu itu disiasat mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan
(menjadi seorang anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang, kes
itu disiasat oleh polis kontinjen Selangor," katanya.
Katanya, kesemua tangkapan itu akan direman mengikut 117 Kanun Prosedur Jenayah. "Kita masih lagi mengesan beberapa individu bersabit Perhimpunan Bersih 5.0 ini," katanya.
1 orang berkata:
air jordan
curry shoes
nike roshe one
cheap jordans
adidas nmd
michael kors outlet
nike roshe run
michael kors
nike polo shirts
chrome hearts online store
Post a Comment