Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Boleh tunggu PAS atau keluar PAS dan sertai DAP atau PAN

Apa pendirian Pas Kedah?
Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
 
ALOR SETAR – Pas Kedah perlu menyatakan pendirian mengenai kerjasama dengan Parti Bersatu selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kerjasama dengan parti itu sekiranya mereka mengadakan hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Pas Kedah khususnya tidak boleh bersifat berkecuali dalam hal ini kerana mereka sering berkongsi pentas bersama Timbalan Presiden Parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sekitar Kedah.

“Saya ingin mengulangi cabaran saya kepada Pas Kedah tentang kata dua yang diberikan oleh Penasihat Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya nak tahu apakah pendirian Pas Kedah.

“Mereka harus mempunyai pendirian sama ada bersetuju ataupun tidak apabila Tun Mahathir melontarkan cabaran ataupun kata dua untuk parti Islam itu.

"Bagi saya, itu merupakan satu penghinaan dan beliau seolah memandang rendah kepada Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan ke rumah bekas Ketua Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah, Hashim Jaafar yang mengalami masalah kesihatan di Kampung Hujung Mergong, di sini, semalam.

Menurutnya, Pas Kedah tidak harus menangguk di air yang keruh dan perlu membuktikan bahawa mereka adalah sebuah parti yang berprinsip.

“Apabila seorang penasihat parti melontarkan cabaran sedemikian, saya nak tahu apa pula reaksi mereka. Saya tahu Pas Kedah  tak ada isu yang besar berasaskan rakyat sebab kerajaan BN telah menyelesaikan banyak benda, jadi mereka tak ada modal.

“Saya harap mereka jangan terus menerus menggunakan dan memperalatkan Mukhriz untuk mendapatkan lava politik yang lebih besar,” katanya.

Shaiful berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menolak kerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah.

Pada perkembangan lain, beliau mendakwa bahawa DAP juga mempunyai masalah sehinggakan ada di kalangan mereka tidak bersetuju dengan pemimpin parti itu sendiri.

“Perkara ini menyerlahkan lagi apabila empat wakil rakyat DAP Melaka mengumumkan keluar parti. Itu juga menunjukkan bahawa DAP sendiri mempunyai masalah dalaman akibat kerjasama mereka dengan Bersatu.

“Nasihat saya kepada DAP supaya letakkanlah Parti Bersatu di tepi sebelum ia menjadi punca kepada perpecahan dalam DAP,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Mufti Perlis cuci cukup-cukup puak parti lebai
Umat Islam keliru bila agama jadi taruhan politik, tegas mufti Perlis
Masih nak berhimpun untuk RUU? Mainan politik dan gimik sahaja!
Jangan mudah diperbodohkan hanya kerana mereka berserban..!!!

Anonymous said...

Woi anon 10.48..
Jangan spin la... baca balik mufti kata apa...

Hamba Allah said...
This comment has been removed by the author.
Hamba Allah said...

Anon 10:48..tanya sat mufti perlis yg maha bodo dan maha banggang tu kenapa bab bab dap penang masuk campur hal ehwal agama islam dia duduk senyap??dap suap berapa gantang sehari dedak kt mulut dia pn xtaulah...xpn hg cek tgk dlm seluar mufti perlis tu ada anu ka....

Anonymous said...

Parti lebai musang berjanggut 90juta.

Anonymous said...

90 juta gantang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.