Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HU, HU, HU, HU, BARU LA MERAH MUKAAAA !!!

Kerjasama Pas, Bersatu pelengkap muafakat pembangkang
Pas, Bersatu
SHAH ALAM - Perjanjian penubuhan jawatankuasa teknikal yang dimeterai antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang.

Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya, ia akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU14.

"Saya ingin menzahirkan rasa syukur atas perkembangan positif dalam usaha pembentukan persefahaman politik dan kerjasama antara Bersatu dan Pas.

"Saya amat menyambut baik dan mengalu-alukan kesediaan Pas membentuk kerjasama dengan Bersatu khususnya dalam menghadapi PRU14," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kerjasama itu akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi BN secara satu lawan satu.

"Jika diberikan mandat oleh rakyat, pembangkang boleh membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.

"Kami sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan. Persefahaman yang dicapai dengan Pas ini akan melengkapkan usaha kami," katanya lagi.

Pertemuan Pas dan Bersatu semalam mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.

Pertemuan itu juga boleh dianggap sebagai 'penutup' kepada segala kontroversi sebelum ini yang mengaitkan kedua-dua parti ini sudah tidak boleh bekerjasama.

Menerusi kenyataan bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Beliau dalam masa sama turut memuji keputusan Pas yang setuju menubuhkan jawatankuasa teknikal bersama Bersatu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas-Bersatu putus tubuh jawatankuasa teknikal]

Beliau dalam masa sama percaya gabungan parti politik yang lebih berkaliber untuk mentadbir negara dapat diwujudkan sekiranya persefahaman antara Bersatu, Pas dan parti-parti sekutu dimeterai bersama.

"Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin harapan untuk menyelamatkan negara serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah," katanya lagi.

5 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah.
Kerjasama Pribumi BERSATU dan PAS yang ditunggu-tunggu.
Kejayaan yang amat cemerlang untuk mentakbir negara Malaysia akan berjaya.
In Syaa Allah.

Anonymous said...

Nampak gaya macam 3 penjuru ni. Unmobn, bersatu-pas dan satu lagi pkr-dap-amanah. Ini sudah cukup baik untuk menumbangkan Pas kelantan.

Hidup BN.
Kami mahu MB kelantan yang baru...

Anonymous said...

Kita tengok muka siapa yang merah di kelantan lepas pru14 nanti....ha ha ha ha

Anonymous said...

Errrkkk....Lepas berkahak, unta2 jilat kahak masing2 balik.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.