Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI LA MASANYA UNTUK MENCATUR ANAK NIK AZIZ, BIAR NIK AZIZ AMAN DI ALAMNYA


Tawan kubu kuat Pas di Dun Panchor
Pas
KOTA BHARU – Amanah Kelantan mencadangkan anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Omar sebagai calon parti itu untuk bertanding di Dun Panchor di bawah Parlimen Pengkalan Chepa.

Hasrat tersebut disuarakan Pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah selepas pembukaan cawangan baru parti itu di Pulau Melaka, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub dan Penasihat Amanah Negeri, Datuk Husam Musa.

Wan Rahim berkata, penerimaan 50 borang keahlian baharu sempena pembukaan kawasan Pulau Melaka memberi gambaran permulaan baik kepada parti itu, terutama untuk meneruskan perjuangan peninggalan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

Menurutnya, semangat yang ditunjukkan penduduk kawasan ini memang sangat luar biasa, dan untuk tujuan pembukaan itu juga, dua bendera Amanah digantung di laluan utama jambatan Pulau Melaka, iaitu di atas pokok pulai setinggi 100 kaki.

“Dalam masa yang sama juga kami bercadang untuk membawa hasrat jadikan Nik Omar sebagai calon di sini.

“Kami tahu beliau mempunyai kredibiliti yang sama dengan arwah bapanya, dan mampu mengalas tanggungjawab dengan baik.

“Jika kita menang, maka secara automatiknya aura Tok guru itu masih kekal di sini,” katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, Amanah kini mempunyai 556 cawangan di 156 kawasan di seluruh negara, termasuklah di Pulau Melaka yang baru dibuka mulai kelmarin.

Ditanya mengenai sejauh mana persediaan Amanah untuk berada di kubu kuat Pas itu, Wan Rahim berkata, beliau yakin dan optimis Amanah boleh memberi kejutan di kawasan tersebut.

“Kita mahu teruskan apa yang telah diasaskan oleh Tok Guru Nik Aziz sebelum ini, malah sejak 30 tahun dulu. Saya yakin kita mampu melakukannya, tambahan pula sambutan penduduk kawasan ini amat mengujakan. Insya-ALLAH,” katanya.

Dalam pada Nik Omar ketika dihubungi Sinar Harian enggan mengulas lanjut berhubung cadangan tersebut.

Untuk rekod, Dun Panchor kini disandang Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas menewaskan calon BN, Che Rosli Hassan dengan majoriti 5,036 pada PRU13 lalu.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hancur pas dibuatnya.

Anonymous said...

Hahahaha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.