Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN INI BELUM LAGI WAJAR

Pas perlu akui bantuan Umno
Pas
Pas

KOTA BHARU - Pas tidak dapat mengelak bekerjasama dengan Umno sekiranya mahu mempertahankan Islam selain memperjuangkan kepentingan umatnya.

Profesor Madya Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Mohd Izani Mohd Zain, berkata, sebagai parti teras kerajaan dan parti Melayu Islam, Pas wajar mengutamakan kerjasama dengan Umno untuk isu kepentingan agama dan umat berbanding parti-parti lain.

Beliau yang juga Felo Bersekutu Majlis Profesor Negara, Mohd Izani Mohd Zain berkata, kedua-dua parti itu perlu melupakan seketika perbezaan antara mereka demi kepentingan lebih besar, iaitu Islam dan perpaduan Melayu.

“Pas sebenarnya telah beri banyak peluang DAP mengenali dan memahami Islam dalam tempoh kerjasama politik mereka, namun DAP sering kali tidak menghormati perjuangan Pas.

“DAP tidak menghiraukan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju. Bukan sahaja tidak bersetuju dengan perjuangan Pas, tetapi cuba menghalang perjuangan pelaksanaan undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan mengakui Umno dan BN adalah kelompok umat Islam yang boleh dimanfaatkan untuk membela agama.

Sementara itu, mengulas isu sama, Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Dr Zaharudin Sani, berkata, Islam seperti yang diketahui merupakan agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Walaupun begitu katanya, ianya perlu disemai dan dibaja agar boleh terus subur dan pastinya yang boleh menjaganya adalah pihak yang meletakan Islam sebagai tunjang perjuangan.

“Kini ternyata hanya Umno dan Pas yang memasukkan agenda Islam dalam iltizam kepartian mereka.

“Mana mungkin parti yang liberal dan sekular boleh mempertahankan Islam yang tidak termasuk dalam agenda perjuangan mereka?,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Parti Lidah Amno

Anonymous said...

Parti lidah DAP agak2 parti mana yeee

Anonymous said...

Parti lidah ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia agak2 parti mana yeee

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.