Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA PERGI BILION-BILION ?

Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? tanya Shahrir
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Shahrir

OHOR BAHRU - Penahanan bekas Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan lalu, merupakan kemuncak kepada tindakan dalaman diambil lembaga tersebut.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, laporan Ketua Audit Negara selain maklumat hasil siasatan dalaman Felda, memudahkan untuk pihak SPRM mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda...begitu sanjung peranan Felda...saya rasa mereka pun kecewa," katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di sini hari ini.

Shahrir berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, oleh itu menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya balik kepada Felda.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Mudah2an ada perubahan yg lebih baik.

Yg ptg bersedialah utk menggantikan pas di kelantan utk memajukan kelantan supaya tidak ketinggalan lagi.

Anonymous said...

تربایک۰۰۰۰۰۰۰

Anonymous said...

Felda tu menatang apa?

Anonymous said...

Felda tu penting utk umno.
Felda lingkup umno lingkup.
Harap shahrir dpt pulihkan felda sebelum pru14

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.