Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NIK AMAR LEBIH BAIK DIAM, JANGAN SAKAT BUDAK PAN TU

‘Baik sertai blok ketiga'
Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Pas mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan BN dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.

“Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai Pas ketika ini kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.

“Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Majlis Pelancaran Mini Darul Miswah Dun Panchor di sini, semalam.

Mengenai kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas pertemuan di antara kedua-dua pemimpin itu dibuat, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai permuafakatan antara kedua parti itu.

“Kita belum ada keputusan rasmi, pertemuan sebelum ini lebih kepada berbincang bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh Pas Pusat kemudian diangkat oleh Majlis Syura.

“Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri, tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut ada yang suruh Pas masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP, tetapi kita ada pendirian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yakin Kerajaan Kelantan mampu dipertahankan sekali gus meneruskan penguasaan parti itu dalam PRU14 nanti.

“Kita yakin dapat pertahankan Kelantan, rasa keyakinan kita lebih tinggi dari kebimbangan, walaupun Amanah nampak agresif,” katanya.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Umno kompiden 28 kerusi.
Rasanya cukup dah tu nak tukar kejaan.

Kalu Pan masuk, umno boleh tambah sikit lagi la.....

Cantikkkk

Anonymous said...

Dlm kita berbaik2 dgn umno, dia nak jugak rampas kelantan. Ingatkan nak tolong pertahankan kelantan.

Anonymous said...

Boleh tak ko jgn sakiti hati pak karam?

Anonymous said...

Tolong jangan tambah kebimbangan di hati pak karam la. Dia dah menggeletar lutut tu.

Anonymous said...

Kenapa senyum dia nampak mcm pahit je? Relax la. Najib kata pru lama lagi la. Masih sempat lagi klu nak buat highway yg janji pru lepas. Nak siapkan rumah mangsa banjir yg duduk dlm khemah pun masih sempat lagi tu.

Anonymous said...

Ambo rasa kalu umno ikut sekali perhimpunan ruu akan datang, saham umno akan tambah naik. Mungkin boleh cecah 33 kerusi dun.

Mari kita raikan..
Ramai2 kito balik undi BN.
MB baru untuk kemajuan negeri kito!
Aamin Ya Rab.

Anonymous said...

Maso untuk perubahan. Tolak Pas. Tolak Pan. Kito pilih Umno.

Anonymous said...

Umno tak kerjasama dlm politik. Umno hanya setuju kerjasama utk melayu dan islam. Dlm politik kita masih pegang prinsip lama.

Anonymous said...

Pilih umno? Ptuiii

Anonymous said...

Susah nak berkawan dgn Pas ni.

1. Umno musuh Bersatu no 1 tapi kawan Pas no 1.

2. Dap musuh Pas no 1 tapi kawan Bersatu no 1.

3. Pan musuh Pas no 2 tapi kawan Bersatu no 2.

4. Pan kawan PKR no 1 tapi musuh Pas no 2.

28 kerusi kerusi yg Umno target tu nemang confirm. Mungkin boleh cecah lebih 30.

Untunglah rakyat kelantan. Tak sia2 tunggu 20 tahun lebih....

Anonymous said...

Jantung dup dap dup dap dup dap.
Heeeee

Tar Snake Totey & Cagu said...

Hai fikah comey!!

Anonymous said...

Pilih pas? Ptuiiii

Anonymous said...

Jerung telan ular lidi

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Unknown said...

jianbin0301
hermes birkin bag
hollister uk
cheap oakley sunglasses
ray bans
cheap oakley sunglasses
oakley sunglasses
fitflops
nike foamposite
tiffany outlet
cheap soccer jerseys

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.