Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

T.KOK boleh anjur semuka, JANGAN CAKAP BANYAK

DAP, PKR tidak pernah pecahkan perjanjian
Teresa Kok
Teresa Kok

SHAH ALAM - DAP dan PKR tidak pernah memecahkan sebarang perjanjian antara parti Pakatan Harapan.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teressa Kok dalam kenyataannya mendakwa, Dewan Ulama Pas, Khairuddin Aman Razali telah membuat tuduhan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Bagaimana Khairuddin boleh buat komen yang tidak bertanggungjawab dan  menegaskan secara palsu bahawa DAP dan PKR yang telah menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat?," katanya.

Dakwanya, perpecahan parti Pakatan Rakyat sebelum ini adalah secara jelas disebabkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Fakta yang tidak boleh di ubah ialah Pas telah buat pusingan U mengenai perlantikan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Mentri Besar Selangor," katanya.

Beliau berkata, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat tersebut, Pas telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung, Mustafa Ali.

"'Pada awalnya persetujuan sebulat suara  telah dicapai untuk menghantar Wan Azizah sebagai calon jawatan itu namin akhirnya dibatalkan Abdul Hadi," katanya.

Teressa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, fakta itu menunjukkan bahawa perpecahan bukan dilakukan oleh sesiapa kecuali sikap kuku besi Abdul Hadi.

"Ini adalah kegagalan menghormati polisi ruang kerja Pakatan," katanya.

Menurutnya, mana- mana pemimpin termasuk Khairuddin yang ingin mempertahankan Abdul Hadi terlebih dahulu mencari fakta yang betul.

"Daripada kenyataan Khairuddin, kemungkinannya beliau tidak diberitahu secara betul mengenai perkara yang terbit dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Ataupun kemungkinannya beliau mengetahui namun demi untuk menyokong Abdul Hadi secara membuta tuli, beliau sanggup memutar-belitkan fakta?" katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.