Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA LIHAT PULAK SIAPAKAH YANG AKAN KENA ?

Sudah-sudahlah bertahan, kini masa untuk menyerang!
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kini sudah tiba masanya bagi mereka yang masih kekal setia bersama BN untuk bangkit.

Menurutnya, parti itu sudah lama berada dalam mode pertahanan dan kini sudah tiba masanya giliran mereka pula menyerang.

“Pembangkang hanya berpegang pada satu prinsip sahaja iaitu ‘íf you cannot convince them, confuse them’ (jika tidak boleh menyakinkan mereka, kelirukan mereka). Taktik kotor  mereka amat jelas.

“Jika mereka tidak dapat menyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata -kata manis, modus operandi adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

“Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’ (mode pertahanan). Cukuplah, tiba masanya untuk kita menyerang!," tulis Pengerusi BN itu dalam blog miliknya.

Sebelum ini, Najib pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan setiap berita atau dakwaan terhadap sesuatu isu disebarkan pembangkang terutama menjelang PRU14 tidak boleh diterima bulat-bulat sebaliknya perlu diselidik terlebih dalulu bagi membuktikan kesahihannya.


Tindakan itu penting bagi mengelak terperangkap dengan agenda pembangkang yang sentiasa mmenanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Katanya, berita dan dakwaan tidak benar dimainkan pembangkang sebagai modal politik boleh menjejaskan masa depan negara sekiranya rakyat yang termakan dakyah mereka  membuat keputusan silap pada  PRU akan datang.

Tambah Najib lagi, medan perang kini juga sudah berubah di mana ia tidak lagi berada dalam bentuk fizikal atau bersemuka tetapi menggunakan alam maya atau ruang siber.

“Saya berkeyakinan tinggi para aktivis media sosial kita ini juga akan terus memainkan peranan mempertahan kerajaan dan membantu mengekalkan BN di Putrajaya.

“Bagaimanapun, saya menyeru kepada semua untuk mengelakkan pertelagahan sesama sendiri dan kekal komited kepada perjuangan menegakkan BN.

“Kemudian, kita juga harus memperluaskan lagi rangkaian alam maya  agar mesej dapat dikongsi kepada rakyat dapat tersebar lebih luas dan jadikan PRU13 sebagai iktibar dan pengajaran,” katanya lagi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

InsyaAllah pas akan selamat sbb pas sudah byk tolong umno. Jgn risau sgt dgn umno sbb umno dan pas dah kawan rapat. Apa yg umno suka, pas suka. Apa yg umno tak suka, pas pun tak suka.

Insyaallah, umno hanya akan serang dap, pkr, amanah dan bersatu. Jadi pas pun perlu bantu umno untuk serang musuh yg sama.

Klu ada rezeki, presiden boleh jadi tpm, nik abduh boleh jadi menteri agama dan nik amar jadi menteri komunikasi.

Takbir

Anonymous said...

Kesian pas sebab nak bayar bil letrik pun tak ada duit dlm akaun. Kenapa nasa tak tolong bantu bayar bil elektrik pejabat pas? Jgnlah makan sorang2

Anonymous said...

Rafizi bersyukur sbb Nasa ahli pas nak saman dia. No akaun akan keluar dalam mahkamah.

Anonymous said...

Insya Allah.. PH akan berkubur dan Pan lenyap tanpa nisan.

Anonymous said...

Pas kena berbaik dan join dgn umno kalau presiden bercita2 tinggi nak jadi tpm atau pm

Anonymous said...

Ialah.. kalau balaci boleh lah dapat bantuan dari kapir harbi.

Anonymous said...

Puak budget Alim Ulamak pun makan duit rasuah.
Mcm VAVI

Anonymous said...

AMANAT HADI skrg LAHANAT HADI dan PAS.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.