Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !


Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

SUNGAI BESI - Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan  itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

"Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

"SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

"Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin," katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.

"Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

"Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis," tegasnya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Uih....Nasa tu ahli pas yer? Apa teruk sgt parti? Ahli makang dedak pong tak pecat.

Anonymous said...

Haishhhh...Ahli parti agama pun cilok duit

Anonymous said...

Dlm muktamar pas di kedah akan datang, presiden wajib bertindak spt berikut:

1. Pecat ahli pas yg terima duit itu.
2. Tanya semua perwakilan sama ada yg dah terima duit dr bekas pemimpin itu.
3. Klu ada, tanya duit tu guna utk apa.

Saya akan hadir untuk bertanya soalan itu jika perkara ini tidak dibincang dlm muktamar.

Anonymous said...

Sibuk berpolitiking sampaikang ahli makang belakang pung tak perasang.

Anonymous said...

Pecat sja. Semua selesai. Tak kang nak dukung biawak hidup

Anonymous said...

Patutlah arwah TGNA marah sangat kat mamat neh

Anonymous said...

PAS mmg rasa tak terkesan pun skrg. Sejak TGNA tiada PAS dah jd Parti Ajaran Syaitan.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.