Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MASUK AMANAH LAGI LA RIBU-RIBU !


Pas sahkan ahli bertambah lebih 4,000 sebulan
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
SHAH ALAM - Meskipun menerima serangan bertali arus daripada pelbagai pihak, Pas tetap diterima baik oleh rakyat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, sokongan rakyat terhadap Pas tidak pernah berubah malah keahlian Pas yang semakin bertambah menjadi bukti yang parti itu tidak pernah 'suram' dalam arena politik.

Menurutnya, pihak Pas menerima purata keahlian mencecah 4984 ahli pada setiap bulan sejak awal Januari tahun ini.

"Pas dikepung dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus. Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati.

"Islam menjadi agenda utama perjuangan Pas. Penyatuan ummah adalah usaha Pas secara berterusan untuk membina kekuatan. Pas tidak hanya beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya mantap dan berterusan. Membina akidah yang benar, fikrah Islami yang jelas dan syakhsiah yang soleh," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, amalan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan Pas selama ini telah meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka.

"Pas terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh ALLAH.

"Tanggungjawab kita adalah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama," ujarnya.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Rafizi sudah dedah nama ahli pas terima dedak 1mdb.

Hadi bila nak dedah nama peguam dap yg berunding di Amerika? Ada telo???

Anonymous said...

Merosakkan nama baik Pas. Presiden Pas mesti pecat dia.



Ada bran?

Anonymous said...

Amal makruf nahi mungkar.
Tapi syubahah pun sebat...

Anonymous said...

"saya tahu sapa tokey pil kuda, hahaha"


Habok pom tarak

Anonymous said...

"menjamin kerhamonian pelbagai kaum...."

Kelakarnya....

Anonymous said...

"penyatuan ummah adalah usaha pas yang berterusan..'



Lagi kelakor....

Anonymous said...

..... Politik matang...

Lawok giler

Anonymous said...

"namun pemimpinnya tenang....."


Ya, memang tenang. Tenang semasa membarua, mengkafir, mentaik dan membinatangkan org lain.

Anonymous said...

....fitnah bertubi2..


Memang fitnah;
- membalak sampai licin
- guna duit potongan gaji cikgu
- guna tanah cina buat tugu
- gi Tehran jumpa ayotolola
- tak buat lebuh raya

Nak sebut pun dah jelak

Anonymous said...

Zaman ini semua orang sudah gila. Kanan kiri dia taram. Depan belakang dia taram.

Anonymous said...

Ye lah pak walaun..hari tu masa ketua lebai dihina jd ketua beruk..walaun yg dtg terloncat2 kat akhbar mca tak sampai 50ekor pun. Ramai betul penyokong2 Pas ni ye.

Anonymous said...

Kenapa tak cakap pas terima kemasukan 90 ahli juta sebulan. Kan lagi banyak.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.